Selasa, 23 Jun 2015 | 1:58pm
KOMPOSER, James Horner. - Foto EPA
KOMPOSER, James Horner. - Foto EPA

Komposer James Horner maut, pesawat ringan terhempas

KUALA LUMPUR: Komposer, James Horner, 61, meninggal dunia dalam kemalangan pesawat ringan di Santa Barbara, California, pagi semalam.

Pesawat ringan yang didaftarkan di bawah namanya itu dilaporkan terhempas pagi hari berkenaan, namun punca kejadian masih belum dikenal pasti.

Pembantunya, Sylvia Patrycja, dalam laman Facebook milknya berkata: "Kita sudah kehilangan insan yang mempunyai hati besar dan bakatnya memang tak dapat disangkal lagi. Dia mati ketika melakukan perkara yang disukainya. Terima kasih atas sokongan dan kasih anda kepadanya selama ini".

Pemenang anugerah Oscar sebanyak dua kali itu gemar memandu kapal terbang pada masa lapangnya. Horner bukan nama asing dalam arena muzik dan perfileman. Beliau pernah bekerja dalam tiga buah filem arahan James Cameron selain filem Star Trek, A Beautiful Mind, Braveheart dan Titanic.

Berita Harian X