Khamis, 27 Ogos 2015 | 6:28am
NAZIM sedar minatnya dalam dunia penerbangan membuatkan dirinya untuk terus berada dalam bidang itu walaupun sudah sekian lama meninggalkannya.
NAZIM sedar minatnya dalam dunia penerbangan membuatkan dirinya untuk terus berada dalam bidang itu walaupun sudah sekian lama meninggalkannya.

Nazim Othman jadi juruterbang?

KUALA LUMPUR: Pelakon kacak, Nazim Othman sedar minatnya dalam dunia penerbangan membuatkan dirinya untuk terus berada dalam bidang itu walaupun sudah sekian lama meninggalkannya.

Memang ramai yang terlupa bahawa dia pernah berkhidmat sebagai pramugara untuk sebuah syarikat penerbangan tempatan sebelum dia memilih bidang lakonan.

Kini selepas sekian lama bergelumang dalam dunia yang penuh pancaroba dan pasang serta surutnya, minat Nazim kembali ke awan biru.

Beberapa kali terlihat di dalam laman sosial Instagram dia mengenakan berpakaian seragam, tetapi bukan pakaian seragam pramugara namun sebaliknya juruterbang.

Semakin lama dan kerap dia memuat naik gambar berkenaan dunia penerbangan apatah lagi dengan pakaian seragam seorang juruterbang, semakin ia menjadi tanda tanya. Bagaimanapun semua yang dilakukan itu demi menjayakan sebuah iklan produk kecantikan yang akan dilancarkan tak lama lagi.

NAZIM teruja selepas impiannya untuk menjadi seorang juruterbang jadi kenyataan.
NAZIM teruja selepas impiannya untuk menjadi seorang juruterbang jadi kenyataan.

NAZIM segak sebagai pramugara jayakan sebuah iklan dan demi tuntutan lakonan.
NAZIM segak sebagai pramugara jayakan sebuah iklan dan demi tuntutan lakonan.

Malah selepas iklan berkenaan, Nazim ditawarkan pula watak sebuah drama arahan Erma Fatima yang memerlukannya menjadi juruterbang.

Nazim Othman ketika dihubungi berkata, dia berasa teruja dengan "kerjaya baharunya" itu.

"Saya berasa sangat teruja apabila ada pihak yang dapat merealisasikan impian saya untuk menjadi seorang juruterbang.

"Apatah lagi, saya menyifatkannya cukup simbolik kerana minat saya yang cukup mendalam dalam dunia penerbangan," katanya yang mengenakan seragam juruterbang rekaan Lords Tailor itu.

Berita Harian X