Rabu, 20 September 2017 | 9:31pm
SHERVYN Chua (tengah) mengenakan pakaian pengantin menggunakan helaian tisu hasil rekaan Nurita Harith pada majlis pelancaran baju pengantin menggunakan tisu Vinda. Turut sama pasangannya, Anthony Wong (kiri). - Foto NSTP/Rohanis Shukri

ANAK patung dihias menggunakan helaian tisu sempena majlis pelancaran baju pengantin menggunakan tisu Vinda. - Foto NSTP/Rohanis Shukri
ANAK patung dihias menggunakan helaian tisu sempena majlis pelancaran baju pengantin menggunakan tisu Vinda. - Foto NSTP/Rohanis Shukri
PENGGUBAH bunga, Fara melihat kuntuman bunga daripada helaian tisu menjadi penyeri majlis pelancaran baju pengantin menggunakan tisu Vinda. - Foto NSTP/Rohanis Shukri
PENGGUBAH bunga, Fara melihat kuntuman bunga daripada helaian tisu menjadi penyeri majlis pelancaran baju pengantin menggunakan tisu Vinda. - Foto NSTP/Rohanis Shukri

Gaun pengantin guna tisu

SEHELAI gaun pengantin mampu mengungkap hikayat cinta pasangan terbabit. Rona putih lambang kasih sejati, penyatuan dua hati turut diterjemahkan menerusi keanggunan busana yang dibentuk menerusi gabungan fabrik satin, renda, sifon, organza termasuk tulle, sulaman dan labuci.

Bagaimanapun, ilham menggunakan tisu sebagai sebahagian perincian busana pengantin bukan saja dianggap pemikiran di luar kotak, bahkan mustahil dilakukan berdasarkan cirinya yang mudah koyak, kotor dan urai apabila dibasahi air.

Sebuah jenama tisu baharu di pasaran, Vinda Deluxe, membuktikan rekaan gaun pengantin menggunakan tisu bukan saja mampu dilakukan tetapi mengemukakan kualiti setanding gaun pengantin tradisional.

Suntik kelainan

SHERVYN Chua (kanan) mengakui bangga menyarung pakaian pengantin unik menggunakan helaian tisu hasil rekaan Nurita Harith. - Foto NSTP/Rohanis Shukri
SHERVYN Chua (kanan) mengakui bangga menyarung pakaian pengantin unik menggunakan helaian tisu hasil rekaan Nurita Harith. - Foto NSTP/Rohanis Shukri

Gaun unik direka daripada tisu khusus digayakan pasangan pengantin Shervyn Chua pada saat termeterainya cinta bersama pasangannya Anthony Wong dizahirkan oleh pereka fesyen terkenal Nurita Harith.

Nurita yang dikenali dalam industri menerusi sentuhan kreativitinya, bermain dengan lapisan dan juntaian fabrik mencipta kelainan menerusi gaun itu yang dibentuk hampir 75 peratus menggunakan tisu.

"Saya mengaku bersikap skeptikal mengenai penggunaan tisu menggantikan fabrik. Namun, teknologi tenunan gentian tisu ini berjaya mengubah persepsi. Ia tidak saja membentuk helaian yang lembut malah kukuh, seolah-olah saya sedang berkarya dengan fabrik lembut," katanya.

Nurita memilih jaring dan renda manik menyerikan bahagian atas busana manakala tisu diketengahkan bermula bahagian dada hingga lutut.

PEREKA fesyen Nurita Harith pada majlis pelancaran baju pengantin menggunakan tisu Vinda. - Foto NSTP/Rohanis Shukri
PEREKA fesyen Nurita Harith pada majlis pelancaran baju pengantin menggunakan tisu Vinda. - Foto NSTP/Rohanis Shukri

"Saya meletakkan lapisan fabrik bersama 'interface' di bawah tisu untuk jaminan gaun lasak dan pada masa sama melekat cantik di tubuh," katanya.

Nurita mengemukakan empat lapisan berselang tisu dengan fabrik bagi mendapatkan tekstur lembut dan beralun.

"Selepas tisu yang lembut di permukaan paling luar, saya memilih lapisan fabrik bagi mengukuhkan rekaan sebelum mengulanginya dengan tisu dan fabrik menghiasi lapisan paling dalam," ujarnya.

Katanya, bahagian ekor gaun menggunakan 100 peratus tisu sekali gus mengilhamkan alunan menarik kala pengantin menghayun langkah.

PASANGAN Shervyn Chua dan Anthony Wong gembira dengan kelainan unik apabila pengantin perempuan memperagakan gaun perkahwinan diperbuat daripada tisu hasil rekaan Nurita Harith pada majlis pelancaran baju pengantin menggunakan tisu Vinda. - Foto NSTP/Rohanis Shukri

Cabaran menjahit

Bagi menyempurnakan transformasi tisu Vinda Deluxe menjadi gaun perkahwinan menawan, Nurita memerlukan kira-kira 15 hingga 50 meter tisu secara keseluruhannya.

"Saya beruntung diberikan helaian tisu besar sama seperti ukuran kain meter. Namun, saya masih perlu berhati-hati merancang ukuran dan ketebalannya supaya hasil penyudah gaun tidak sarat dan nampak hebat," katanya.

Material tisu diperbuat daripada kayu pulpa asli sepenuhnya, di samping teknologi tenunan gentian banyak membantu kerana bukan saja menghasilkan gaun tahan lasak bahkan lembut dan mempunyai daya serapan tambahan.

"Memandangkan tisu berkualiti premium, ia tidak mudah koyak apabila basah. Cabaran hanya ketika mencantum dan menjahit kerana perlu dilakukan secara berhati-hati supaya tidak tercarik," katanya yang turut mengambil masa lama untuk menggosok baju berkenaan.

SHERVYN Chua tampil anggun dengan rekaan pakaian pengantin diperbuat daripada helaian tisu hasil rekaan Nurita Harith pada majlis pelancaran baju pengantin menggunakan tisu Vinda. - Foto NSTP/Rohanis Shukri

"Ia rapuh dan memerlukan penjagaan cermat seperti fabrik sifon. Suhu seterika perlu tepat bagi mengelakkan baju daripada terbakar," katanya.

Justeru, tidak hairan Nurita mengambil tempoh lebih sebulan menyiapkan sehelai gaun ini dan membuat 'trial and error'.

Bertuah jadi yang pertama

Pengantin baharu, Shervyn gembira menjadi individu pertama menyarungkan gaun unik berkenaan.

Menurut Shervyn, pemilihannya banyak didorong kisah suka-duka percintaannya bersama Anthony yang kini menjengah sebelas tahun menjalin ikatan.

"Sepanjang tahun itu, Anthony setia bersama saya mengharungi getir kehidupan termasuk kesedihan kehilangan ayah tercinta termasuk detik paling teruk, berhadapan dengan krisis kewangan. Saya amat menghargai keikhlasan suami yang menerima diri saya seadanya malah menyokong dari belakang sewaktu saya rebah," ceritanya.

Menyifatkan pengalaman terindah seumur hidup, Shervyn rasa bertuah mendapat kepercayaan Vinda Deluxe menggayakan busana anggun ini.

"Ini adalah gaun pertama seumpamanya di dunia yang menggunakan tisu sebagai material utama," katanya.

SENI halus dilukis di atas helaian tisu pada majlis pelancaran baju pengantin menggunakan tisu Vinda. - Foto NSTP/Rohanis Shukri
SENI halus dilukis di atas helaian tisu pada majlis pelancaran baju pengantin menggunakan tisu Vinda. - Foto NSTP/Rohanis Shukri

KUNTUMAN bunga dihasilkan daripada helaian tisu tambah menyerikan majlis pelancaran baju pengantin menggunakan tisu Vinda. - Foto NSTP/Rohanis Shukri
KUNTUMAN bunga dihasilkan daripada helaian tisu tambah menyerikan majlis pelancaran baju pengantin menggunakan tisu Vinda. - Foto NSTP/Rohanis Shukri

Info
Tisu Vinda Deluxe

Kategori tisu premium

  • Diperbuat daripada 100 peratus kayu pulpa import
  • Teknologi tenunan gentian menjadikan tisu tahan lasak dan tidak mudah koyak.
  • Berciri lembut dan menawarkan daya serapan tambahan

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X