Isnin, 11 Februari 2019 | 8:28am
PENGGUNAAN pelbagai fabrik serlahkan rekaan menawan.-foto ihsan

Rekaan gaun pengantin moden dan tradisional

KUALA LUMPUR: Memulakan tahun baharu, pereka tempatan, Ezuwan Ismail mempersembahkan 24 koleksi persalinan pengantin menerusi pertunjukan fesyen The Wedding KL 2019, baru-baru ini.

Menggabungkan koleksi tradisional dan model diserlahkan menerusi reka baju kebaya pendek dan kurung Pahang.

Ezuwan berkata, beliau realistik dengan rekaan ringkas dan tidak terlalu flamboyan. Saya mahu tambat pelanggan dan peminat fesyen yang gemarkan gaya minimalis dan tidak sarat dengan rona lebih lembut.

“Koleksi ini menggunakan fabrik seperti renda, jaring, sifon, neoprene, organza, satin dan sutera. Baju kahwin terus mendapat permintaan dan banyak. Saya juga banyak mendapat tempahan baju kahwin,” katanya menawarkan harga bermula dari RM2,800 ke atas.


EZUWAN mulakan tahun baharu lahirkan koleksi 24 koleksi pengantin menerusi pertunjukan fesyen Wedding KL 2019.- foto ihsan

Beliau berkata, minatnya dalam dunia fesyen tidak pernah terhakis dan sebati dalam diri.

“Jenama saya dah terkenal dan hasilnya saya bertahan sampai tahap sekarang. Koleksi saya ramai dipakai selebriti tempatan,” katanya merakamkan single sulung berjudul Semalam Saja ciptaan Asfan Shah.

Berita Harian X