Isnin, 4 March 2019 | 9:24am
Koleksi Fish Tales rekaan Stephen Webster untuk Habib Jewels. - Foto NSTP

Fish Tales koleksi eksklusif terbaru Habib Jewels

Kuala Lumpur: Mempelbagaikan rangkaian pilihan lebih eksklusif, syarikat barang kemas, Habib Jewels Sdn Bhd (Habib Jewels) menampilkan koleksi baharu, Fish Tales hasil sentuhan pereka terkemuka, Stephen Webster (SW).

Koleksi rantai leher 18 karat itu didatangkan dengan loket emas berbentuk huruf dari A hingga Z dengan setiap satu direka mewakili nama ikan yang terdapat di lautan seiring temanya.

Keunikan koleksi Fish Tales hasil rekaan tukang emas terkemuka dunia berpangkalan di London itu menarik minat Habib Jewels, sekali gus ia bertindak sebagai pengedar eksklusif di negara ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Meer Habib, berkata koleksi kali pertama bersama SW itu memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan yang cintakan perhiasan mewah.

Beliau berkata, pihaknya kagum pereka itu yang dilihat tidak pernah kering idea menampilkan kelainan menerusi koleksinya.

“SW adalah pereka yang mahir dan sangat teliti dari sudut pembuatan serta faham terhadap bidang teknikal bagi penghasilan barang kemas.


Koleksi Fish Tales rekaan Stephen Webster untuk Habib Jewels. - Foto NSTP

Koleksi Fish Tales rekaan Stephen Webster untuk Habib Jewels. - Foto NSTP

Lambang personaliti

“Koleksi Fish Tales mencerminkan keperibadian SW yang mencintai hidupan laut. Tidak hanya mereka mengikut imaginasi, tetapi turut mengkaji jenis dan sifat ikan.

“Hasil kajian itu juga dibukukan dan diberikan kepada pelanggan supaya mereka memahami karakter ikan,” katanya kepada BH.

Setiap huruf pada loket yang direka mewakili nama ikan tertentu dan nama si pemakai. Ia membawa maksud tersen diri yang berkait rapat dengan personaliti masing-masing.

Antaranya, loket huruf M untuk ikan Marlin yang mempunyai sifat agresif dan berani yang turut diperindahkan dengan susunan berlian eksklusif pada rantai emas halus.

Koleksi Fish Tales membangkitkan personaliti dan keanggunan si pemakai. Koleksi ini berharga RM 4,600 dan boleh didapati di dua butik Habib Jewels di Ampang dan Suria KLCC.

128 dibaca
Berita Harian X