Sabtu, 3 Ogos 2019 | 1:45pm
MOHAMMAD Shah Rizal mempunyai lebih 100 koleksi baju ‘fannel’. - Foto Rosdan Wahid

Baju kotak-kotak kemas dan 'rugged'

SEKALI pandang ramai yang beranggapan, kemeja kotak-kotak atau flannel, baju yang kurang selesa dipakai, apatah lagi cuaca di negara ini yang panas dan lembap sepanjang tahun.

Berdasarkan fakta sejarah, flannel atau dikenali sebagai ‘boyfriend shirt’ atau ‘plaid shirt’ pada asalnya diperbuat daripada benang ‘wool’ yang kasar untuk menahan pemakai daripada kesejukan.

Selain menjaga anggota badan daripada terluka disebabkan terkena ranting kayu atau geseran batu ketika bekerja.

Disebabkan kemeja flannel digunakan oleh pekerja lelaki melakukan kerja kasar seperti pemotong balak, pemecah batu atau bungkah ais dan pengembala ternakan.

Kain ‘lannel’ adalah salah satu kain tertua di dunia, kajian ini ditemui oleh pengkaji yang menemui salah satu kemeja flannel yang menggunakan kain ‘wool’ di Turki.

Benang ‘wool’ yang membuat kemeja berkenaan dianggarkan berusia 6,500 sebelum masihi (SM).

Begitupun tidak ramai berani mencuba bimbang tidak selesa kerana panas.


Kemeja-T corak kotak-kotak menjadikan penampilan tampak lebih ‘rugged’ - Foto Rosdan Wahid.

Bagi penggemar dan pengumpul kemeja flannel, Mohammad Shah Rizal Samzali, 38, berkata hatinya tergoda selepas melihat penyanyi antarabangsa kegemarannya Kurt Corbain dari kumpulan alternatif, Nirvana yang gemar menyarung kemeja flannel baik di luar mahupun di pentas.

Katanya, Corbain kelihatan ‘rugged’ bersahaja dan kemas menyerlahkan lagi sifat lelaki penyanyi yang popular menerusi lagu ‘smeels like teen spirit’ itu.

“Saya peminat muzik genre grunge sejak 1995 dan peminat fanatik kumpulan Nirvana. Saya tertarik dengan penampilan penyanyinya, Kurt Corbain yang gemar menyarung kemeja flannel.

“Dari situ saya cuba mencarinya dan kemeja ‘flannel’ dan membelinya pada 1995 di Kompleks Teruntum, Kuantan Pahang dengan harga RM39.90. Kini banyak jenama dijual termasuk dari kedai terpakai,” katanya.

Evolusi industri tekstil, fungsi pemakaian kemeja flannel berubah dari tujuan asal untuk pekerja kasar sehingga menjadi pakaian harian atau acara yang santai.

“Memandangkan pakaian ini semakin diminati di luar negara sejak berabad lamanya, ia kemudiannya disesuaikan dengan cuaca setiap negara.

“Selain menggunakan kain ‘wool’, ada negara yang menggunakan kain cotton, kapas dan rayon yang dicampur beberapa material lain untuk kesesuaian dan keselesaan pemakai,” katanya yang memiliki lebih 100 kemeja corak itu.

“Namun sehingga sekarang kemeja ini menjadi ikutan dan memasuki negara ini.

“Saya banyak berkongsi maklumat dalam instagram dengan gaya selebriti terkenal dunia yang memakainya,” katanya menjelaskan trend ini tidak lapuk ditelan zaman.

Info

Kemeja ‘flannel’

* Boleh didapati bermula RM5 hingga RM35 di kedai pakaian terpakai.

* Petani bangsa Welsh di England mengenakan kemeja flannel.

* Dulu material serat wool tanpa ditenun.

* Tujuan melindungi terkena ranting pokok dan batu.

* Di Perancis kemeja flannel memasuki negara itu pada abad ke-17

* Menggelarkan sebagai flanelle

* Di Jerman digelar sebagai Flannell.

* Pada 1889 penemuan pertama kemeja flannel motif kotak-kotak diinspirasi pakaian tradisional Scotland.

Berita Harian X