Selasa, 10 Disember 2019 | 6:33pm
(DARI kiri) Presiden Majlis AIDS Malaysia, Baktiar Talhah; Penaung Malaysia AIDS Foundation, Datin Paduka Marina Mahathir dan Penasihat Gala, Florence Fang pada sidang media mengumumkan Majlis Makan Malam Gala Anugerah Tun Dr Siti Hasmah MAF-Berjaya 2019 di Kuala Lumpur. - Foto Rohanis Shukri

Pesakit HIV/AIDS terima bantuan, ringankan beban sara hidup

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM4 juta diperlukan setahun bagi membantu individu yang terkesan jangkitan penyakit HIV/AIDS terutama dalam kalangan kanak-kanak dan wanita bagi meringankan beban kos menampung sara hidup.

Ini termasuk bantuan elaun bulanan berjumlah RM100 sebulan di bawah bantuan Pediatrik untuk kanak-kanak kurang bernasib baik berusia 12 tahun ke bawah yang hidup dengan HIV atau keluarga yang terkesan.

Bantuan lain termasuk makanan, pakaian dan keperluan persekolahan di bawah skim bantuan kewangan.  

Presiden Majlis AIDS Malaysia, Bakhtiar Talhah, berkata bantuan kepada wanita pula diselaraskan melalui Skim Bantuan MyLady yang baru dilancarkan awal tahun ini.

"Skim ini memberi peluang wanita untuk keluar daripada kemiskinan menerusi kemahiran vokasional bagi memulakan perniagaan pada skala kecil," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan Majlis Makan Malam Gala Anugerah Tun Dr Siti Hasmah MAF-Berjaya 2019 dijadualkan berlangsung 14 Disember ini.

PENAUNG Malaysia AIDS Foundation, Datin Paduka Marina Mahathir pada sidang media mengumumkan Majlis Makan Malam Gala Anugerah Tun Dr Siti Hasmah MAF-Berjaya 2019 di Kuala Lumpur. - Foto Rohanis Shukri

Yang turut hadir Pengerusi anugerah berkenaan, Datin Paduka Marina Mahathir, Ketua Pegawai Eksekutif Monspace, Prof Dr Lee Chee Peng.

Marina berkata anugerah bertujuan menghargai individu dan organisasi yang memperjuangkan nasib mereka yang terkesan dengan HIV/AIDS.

"Lebih ramai wira diperlukan dalam usaha mengakhiri AIDS, stigma dan diskriminasi yang masih wujud. Usaha Mengumpul dana bukan mudah dalam ekonomi kurang memberangsangkan selain terpaksa berdepan situasi sukar,” katanya.

Calon pemenang bakal membawa pulang wang tunai RM20,000 dan trofi eksklusif sebagai penghargaan atas komitmen dan dedikasi mereka sehingga memberi manfaat kepada komuniti yang hidup dengan HIV/AIDS.

Majlis dijadual dihadiri 500 tetamu di Hotel Mandarin Oriental, di sini bakal dihadiri isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Penaung MAF dan Anugerah Penaung juga disampaikan oleh Marina.

Penerima yang juga individu dan organisasi berdasarkan perkhidmatan berterusan, cemerlang dalam program khidmat masyarakat dan sumbangan dalam mengakhiri epidemik AIDS di negara ini.

Berita Harian X