Khamis, 16 Januari 2020 | 1:18pm
PENGASAS Marrybrown, Datuk Lawrence Liew (dua dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, Datuk Joshua Liew (kiri); Pengarah Urusan Marrybrown, Datin Nancy Liew (dua kanan) dan Pengarah Perniagaan Marrybrown, Michael Liew (kanan) bergambar pada Majlis Pelancaran ‘Doraemon Birthday Bash’ di restoran Marrybrown IOI Mall City. - Foto Luqman Hakim Zubir

Raikan ulang tahun bersama maskot Doraemon

PUTRAJAYA: Detik istimewa lebih bermakna terutama ketika meraikan hari kelahiran bersama keluarga di lokasi selesa dengan sajian enak membuka selera.

Hiasan dipenuhi lambakan belon, dekorasi kek indah dan kehadiran maskot kegemaran alam kanak-kanak sudah pastinya memeriahkan suasana.

Prihatin dengan keperluan itu, rangkaian restoran makanan segera, Marrybrown bekerjasama dengan watak kartun paling diminati seluruh dunia, Doraemon memperkenalkan Pakej Hari Jadi bersama Doraemon, bermula Disember lalu.

Mengenali watak animasi hebat yang menghiburkan saban hari ini yang dilahirkan pada 1969, kisah pengembaraan Doraemon, robot kucing paling digemari dengan episod bersiri.

Kerjasama antara Marrybrown dan Doraemon menyediakan pakej sambutan hari jadi lengkap untuk pelanggan terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Sempena pelancaran pakej itu, penganjur mengambil peluang meraikan 100 kanak-kanak dari rumah kebajikan sempena sekali gus melancarkan ‘Doraemon Birthday Bash’.

PENGARAH Urusan Marrybrown, Datin Nancy Liew dan Pengarah Perniagaan Marrybrown, Michael Liew menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak pada Majlis Pelancaran ‘Doraemon Birthday Bash’ di restoran Marrybrown IOI Mall City. - Foto Luqman Hakim Zubir

Antara penghuni yang diraikan iaitu dari rumah kebajikan Destiny Starting Point, Lotus Charity Care Centre, House of Love dan Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia.

Pengarah Urusan Marrybrown, Datin Nancy Liew, berkata kerjasama itu menawarkan kelainan bagi memperingati tarikh istimewa anak-anak.

“Kerjasama Marrybrown dan Doraemon, memberikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak yang ingin menyambut ulang tahun mereka dengan penuh suasana ceria.

“Kami berbangga kerana bekerjasama dengan watak kartun digemari ramai, selain memupuk semangat kerjasama dan prihatin kepada golongan yang memerlukan. Usaha murni ini diharap dapat membentuk suasana harmoni seawal usia mereka,” katanya ketika ditemui di rangkaian utama Marrybrown di pusat beli belah IOI, di sini, baru-baru ini.

Pakej “Doraemon Birthday Bash” pada tawaran harga bermula RM130 bagi 10 kanak-kanak. Pada masa sama maskot Marrybrown akan tampil bertemu dengan kanak-kanak, selain pilihan permainan yang dikendalikan kakitangan.

Berita Harian X