Khamis, 21 September 2017 | 5:47pm
MODEL yang telah siap di solekan dengan solekan Indonesian Doll. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Indonesian Doll

TEKNIK solekan Indonesian Doll, kini menjadi pilihan yang menekankan tata rias pada bahagian mata.

Jurusolek, Mira Amira Mohd Zaiton, berkata solekan itu memberi tumpuan pada bahagian mata untuk menyerlahkan kejelitaan wanita.

"Untuk hasil terbaik, lengkapkan dengan penggunaan kanta lekap berwarna," katanya

Teknik :

1. Rapikan bahagian kening dengan menggunakan krim penyamar dan lukis menggunakan pensil kening berwarna coklat.

2. Ratakan penyamar noda pada keseluruhan wajah.

3. Bentukkan wajah yang diingini dengan menyapukan pembayang pada bahagian pipi, hidung dan dagu.

4. Aplikasi bahagian mata menggunakan pembayang. Pilih warna bersesuaian dengan pakaian pengantin dan tema majlis.

5. Layangkan pemerah pipi pada tulang pipi.

6. Pakai maskara.

7. Pakai bulu mata palsu. Untuk hasil terbaik, kepitkan bulu mata palsu dengan penyepit supaya lentiknya nanti lebih kemas.

8. Kemaskan dengan maskara dan penggaris mata.

9. Akhiri dengan gincu dan penggilat bibir.

Tips :

* Pastikan bedak asas digunakan sesuai dengan jenis kulit.

* Pastikan wajah diratakan dengan serum, pelembab dan penyegar untuk memastikan kulit wajah sentiasa segar.

Berita Harian X