Selasa, 5 March 2019 | 10:14am
Ketua Pegawai Eksekutif Shopee, Chris Feng. - Foto youngster.id

Shopee hargai pelanggan pada Sambutan Hari Wanita Sedunia

Sempena Hari Wanita Antarabangsa yang disambut Jumaat ini, platform e-dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee dengan kerjasama pengeluar produk dandanan antarabangsa L'Oréal, mengambil inisiatif menghargai wanita menerusi tawaran istimewa.

Penghargaan diterjemahkan menerusi program Super Brand Day dengan tawaran harga istimewa bermula RM4 setiap satu bagi produk kecantikan dan dandanan diri daripada L'Oréal Paris, Maybelline New York, NYX Professional Makeup dan Garnier.

Ketua Pegawai Eksekutif Shopee, Chris Feng, berkata sempena perayaan itu juga pengguna di tujuh negara berpeluang mendapat tawaran eksklusif daripada empat jenama yang menjadi pilihan utama pengguna wanita seluruh dunia.

Beliau berkata, tahun lalu pihaknya turut melancarkan program serupa sebagai saluran mengiktiraf kepada semua pelanggan.


Shopee raikan Sambutan Hari Wanita dengan tawaran istimewa produk Empowered Box.

“Bertema Women's Day, Live Your Beauty (Hari Wanita, Hayati Kecantikan Anda), L'Oréal x Shopee Super Brand Day berlangsung selama tujuh hari bermula semalam.

“Kerjasama dengan L'Oréal adalah inisiatif kami memeriahkan sambutan hari yang sungguh bermakna itu,” katanya menerusi kenyataan yang diterbitkan di Kuala Lumpur, semalam.

Pada sambutan itu juga, Maybelline New York melancarkan Empowered Box edisi terhad eksklusif di Shopee. Edisi terhad dilengkapi gincu paling laris dengan warna terkini, dua gincu Maybelline Super Stay Matte Ink, penanggal mekap pada muka, bibir dan mata.

335 dibaca
Berita Harian X