Sabtu, 17 Ogos 2019 | 10:30am
Kaedah mengering, merapi sempurna elak tekstur rosak dan tidak bermaya. - Foto hiasan

Guna pengering dengan bijak elak rambut rosak

RAMBUT nipis, kasar dan mengerbang membuatkan penampilan seseorang nampak kurang bermaya. Banyak faktor tekstur rambut bermasalah.

Selain faktor persekitaran dan pemakanan kurang sihat, ia juga disebabkan oleh kegagalan individu merapi rambut dengan betul ketika mengeringkannya.

Ketua Jurugaya Rambut, Susan Er Puay San, justeru kaedah mengeringkan rambut dengan berkesan dan pemilihan alat pengering yang sesuai membantu mengelak rambut rosak dan kurang bersinar.

Katanya, individu tidak seharusnya mengeringkan sehingga hilang kandungan air pada rambut, selain menggunakan thong atau penggulung terlalu lama bagi mengelak kerosakan lebih teruk.

“Kesan penggunaan pengering rambut terlalu lama dapat dilihat apabila helaian rambut terkeluar daripada posisi asalnya seakan gerakan ‘magnet’ apabila terkena sesuatu.

“Rambut kering yang tidak mendapatkan rawatan betul menyebabkan rosak dan nampak tidak terurus. Keadaan ini menyebabkan hujung rambut bercabang,” katanya ditemui baru-baru ini.

Tekstur rambut: -

• Rambut nipis

• Rambut tebal.

Masalah rambut dan kulit kepala

• Rambut kering

• Rambut berminyak

• Rambut keguguran

• Kulit kepala berkerak dan bersisik

• Kulit kepala berkelemumur

Punca rambut lebih kering

• Bahan kimia ketika mewarna rambut

• Meluruskan atau mengerintingkan rambut.

• Kesan klorin ketika berenang

• Kerap mengeringkan rambut

Cara membasuh rambut

• Menggunakan air suam bagi membuka folikel rambut

• Gunakan syampu sesuai

• Bilas menggunakan air panas suam

• Ketika folikel masih terbuka, kemudian gunakan perapi rawatan rambut

• Sapu seluruh rambut.

• Elak terkena kulit supaya rambut tidak berminyak.

• Biarkan beberapa minit

• Bilas segera rambut dengan air sejuk bagi menutup semula folikel terbuka.

• Keringkan dengan tuala.

Teknik mengeringkan rambut:

• Ikut aliran rambut menurun

• Jangan gosok terlalu kasar ketika keringkan rambut

• Tidak digalakkan guna sikat

• Gunakan kipas atau dibiarkan kering sendiri

• Jika gunakan pengering rambut janga terlalu lama

Panduan mengering rambut:

• Selepas membasuh rambut, lap kering saja dan biarkan kering sendiri pada kadar 20 peratus

• Gunakan pengering rambut dan keringkan sehingga 70 peratus saja

• Fokus pada bahagian kulit kepala. Kulit kepala perlu 100 peratus kering bagi mengelak bau busuk, kesan merah dan kulit sensitif.

• Manakala selebih 30 peratus lagi rambut dibiarkan kering sendiri secara semula jadi. Rambut tidak boleh kering 100 peratus kerana punca kepada masalah rambut kering

Rawatan rambut kering:

• Rambut kering hanya sesuai menggunakan pupur atau pelembap berasaskan krim bukan jenis minyak atau air

• Letakkan di hujung rambut dan bukan pada bahagian kulit kepala

Jenis makanan yang boleh menyihatkan rambut:

• Avokado

• Minyak zaitun

• Cuka epal

• Madu

• Pisang

• Minyak kelapa

• Lidah buaya

• Daun sadri/celery

• Yogurt

• Telur

• Mayonis

• Lemon

Berita Harian X