Selasa, 25 September 2018 | 5:26pm
ELAK pengambilan gula, lemak berlebihan kawal kesihatan. - NSTP/ Aziah Azmee
ELAK pengambilan gula, lemak berlebihan kawal kesihatan. - NSTP/ Aziah Azmee

Nikmati manisan secara sederhana

KEK pastinya menjadi pilihan terutama bagi mereka yang menyukai rasa lemak, manis dan berkrim hasil adunan mentega, gula, susu, tepung dan telur.

Pengambilan makanan ini secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan memandangkan ramuannya turut ditambah dengan pewarna tiruan.

Menyedari pentingnya pengawalan pengambilan gula dan lemak dalam menu diet harian, Indeks Persekitaran Makanan Kebangsaan (Food-EPI), mencadangkan label pemakanan dipamerkan pada produk.

Kandungan khususnya sodium (garam), jumlah gula dan gula tambahan, lemak tepu dalam sajian ditawarkan demi kesihatan pelanggan.

Saranan bertujuan memastikan pengguna, ini, khususnya kanak-kanak mendapat sumber makanan berkhasiat bagi melancarkan proses tumbesaran.

Panduan lain termasuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam secara konsisten bagi mengelak serangan penyakit bahaya antaranya kencing manis, berat badan berlebihan (obesiti), tekanan darah tinggi dan gangguan kardiovaskular.

Ketua Pegawai Eksekutif portal, Eat Cake Today (ECT) BC Ang, berkata sungguhpun manisan seperti kek tinggi kandungan lemak dan gula, namun sajian ini sudah menjadi menu wajib setiap kali majlis keraian.

Beliau berkata, kek biasanya dimakan beramai-ramai, kajian psikologi juga mendapati pengambilan secara berhemah sebagai terapi untuk seseorang menikmati hidup lebih lama.

“Walaupun ada mengatakan kek mengundang keburukan kerana bahan digunakan tinggi lemak, kalori dan gula tetapi masyarakat harus bijak mengawal pemakanan serta tidak mengambilnya secara berlebihan.

“Bergantung kepada pelanggan sejauh mana mereka mengawal pemakanan. Penggemar kek boleh nikmati seberapa banyak potongan kek yang mereka mahukan tetapi perlu diseimbangkan dengan gaya hidup sihat dengan senaman,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan portal pesanan dan penghantaran kek dalam talian pertama, Eat Cake Today.com, di ibu kota baru-baru ini.

Ang berkata, pihaknya tidak memaparkan jumlah kalori dalam setiap kek ditawarkan tetapi cadangan positif itu sebagai rujukan pelanggan menjaga pengambilan makanan.

“Memaparkan jumlah kalori dalam sajian pencuci mulut ini adalah mekanisme terbaik meningkatkan kesedaran umum mengenai amalan gaya hidup sihat,” katanya.

Seiring perkembangan teknologi semasa, Ang berkata, ECT memulakan operasi sejak sejak dua tahun lalu, diperluaskan lagi di sekitar Lembah Klang dengan menghimpunkan seramai 40 pengusaha dan 400 jenis kek di seluruh Lembah Klang.

Antara manisan yang boleh dipesan ialah brownies, bundts, kek keju, biskut, kek cawan, kek krim mentega, kek jeli, kek adunan tanpa gluten, kek buku, mille crepe, pavlova, tart dan pelbagai pilihan pastri.

Beliau berkata, portal pesanan dan penghantaran kek dalam talian itu diperkenalkan bagi memberi keselesaan dan memudahkan pelanggan yang ingin menikmati kek kegemaran masing-masing dalam tempoh selewat-lewatnya empat jam.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X