Rabu, 27 March 2019 | 5:33pm
MUNIRA (kanan) memberikan penerangan mengenai penggunaan ubat yang betul kepada para peserta bengkel Training Of Trainers (TOT) Duta Kenali Ubat Anda Zon Tengah Tahun 2019 di The Gues Hotel and Spa, Port Dickson. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

Duta Ubat bantu pesakit ambil ubat secara sistematik

PORT DICKSON: Program Duta Kenali Ubat Anda, mencatatkan peningkatan 81.4 peratus kesedaran orang ramai mengenai pengambilan ubat secara berkesan dan berkualiti dalam kalangan pesakit sejak empat tahun lalu.

Timbalan Pengarah Cawangan Penggunaan Ubat Secara Berkualiti, Bahagian Amalan dan Perkembangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Munira Muhammad, berkata tahap kesedaran pesakit begitu baik berbanding 56.6 peratus pada tahun 2012.

Peningkatan itu kata beliau, mencerminkan kesedaran orang ramai selepas tujuh tahun diperkenalkan menerusi Program Perkhidmatan Farmasi, KKM.

“Inisiatif menggandingkan Pegawai Farmasi dan duta terdiri daripada orang awam berjaya meningkatkan pengambilan ubat secara berkesan dan berkualiti dalam kalangan pesakit.

“Kajian penggunaan ubat yang dijalankan KKM pada 2008, mendapati hanya 44.4 peratus saja pesakit tahu mengenai penggunaan ubat secara betul.


SUASANA di jeti Kampung Mambong, Kuala Krai yang terletak kira-kira 18km dari bandar Kuala Krai yang dihubungkan melalui jalan sungai sahaja. NSTP/Siti Rohana Idris

"Ketika itu, Pegawai Farmasi dan Duta Kenali Ubat Anda bekerjasama menjalankan aktiviti dalam bentuk pameran dan ceramah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Bengkel Training of Trainers (TOT) Duta Kenali Ubat Anda Zon Tengah 2019, di sini, hari ini.

Seramai 80 peserta dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Hospital Kuala Lumpur menyertai bengkel yang berlangsung tiga hari bermula semalam.

Munira berkata, program diperkenalkan KKM di bawah Dasar Ubat Nasional pada tahun 2007. Bermula kempen Kenali Ubat Anda pada tahun 2008, awalnya membabitkan Pegawai Farmasi saja.

"Duta dilantik kerana menyedari terdapat jurang antara pesakit dan pegawai farmasi dalam menyampaikan maklumat mengenai cara penggunaan ubat secara sistematik.

“Usaha ini bertepatan Dasar Ubat Nasional di bawah komponen bertujuan menggalakkan pesakit mengambil ubat secara bijak, selamat dan efektif," katanya.

Bagi memperkukuhkan usaha itu, Program Duta Prihatin Masyarakat dilancarkan tahun lalu, duta bersama-sama pegawai farmasi menjalankan aktiviti lawatan ke rumah pesakit bagi memeriksa cara pengurusan ubat-ubatan termasuklah kaedah penyimpanan ubat.

812 dibaca
Berita Harian X