Jumaat, 26 Julai 2019 | 7:41pm
POLIDENT direka khas untuk mengembalikan keyakinan pemakai gigi palsu kerana menanggalkan kotoran secara efektif dan membunuh baketeria penyebab bau mulut.

Pemakai kurang arif jaga gigi palsu

KUALA LUMPUR: Masih ramai dalam kalangan pemakai gigi palsu kurang berpengetahuan mengenai cara penjagaan gigi palsu yang betul terutama mereka yang kali pertama memakainya.

Kurang maklumat dan pendedahan antara faktor penyumbang tahap kesedaran rendah dalam kalangan pemakai gigi palsu.

Menurut kajian terbaharu GlaxoSmithKline (GSK), 10 peratus daripada penduduk Malaysia adalah pemakai gigi palsu. Ini termasuk individu berusia lingkungan 35 tahun, walaupun pemakai gigi palsu kebiasaannya dikaitkan dengan individu lebih berusia.

Hal ini memberi kesan mendalam kepada pemakai untuk berkongsi cabaran dihadapi dengan sesiapa termasuk rakan atau keluarga.

Bagi Manjit Kaur yang kali pertama bakal menggunakan gigi palsu berkata, sukar baginya senyum terutama apabila bergambar.

“Saya sedang dalam proses mendapatkan gigi palsu daripada doktor gigi. Kehilangan gigi menjejaskan keyakinan diri terutama apabila saya perlu senyum ketika bergambar.

“Dengan memakai gigi palsu, saya dapat tersenyum tanpa bimbang ketika bergambar dan mengembalikan keyakinan diri,” katanya.

Manjit berkata, pengalamannya memakai gigi palsu amat mencabar kerana mengalami kesukaran ketika bercakap atau menyanyi.

PEMAKAI gigi palsu, Manjit Kaur.

Sementara itu, penyanyi opera, CK Lee, yang sudah lama memakai gigi palsu, menceritakan kenangan 20 tahun lalu, apabila gigi palsunya tertanggal ketika sedang menyanyi adalah pengalaman amat memalukan.

Lee menceritakan pengalamannya dalam program Polident’s Smile Together with Confidence anjuran jenama penjagaan gigi palsu, Polident.

Kajian sama turut mendapati ramai pemakai gigi palsu mengelak berkomunikasi secara terbuka kerana malu untuk berkongsi masalah dihadapi.

Hal ini terjadi apabila pemakai gigi palsu tidak menggunakan pelekat yang memegang gigi palsu bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih lancar.

Kajian itu menunjukkan 49 peratus pemakai gigi palsu hanya melawat doktor gigi mereka apabila menghadapi masalah.

Persepsi negatif seperti kos mahal dan proses menakutkan masih menebal, malah ramai pemakai gigi palsu tidak tahu cara pembersihan gigi palsu yang betul.

Justeru, Polident memperkenalkan produk pencuci gigi palsu yang direka khas untuk membunuh 99.9 peratus bakteria yang menyebabkan bau mulut.

Pembersih Polident membersih gigi palsu tanpa mencalar dan menanggalkan kotoran serta plak dengan efektif.

Maklumat lanjut mengenai produk dan kempen terkini Polident boleh didapati di laman rasmi www.mydenturecare.com atau carian di laman sosial menerusi tanda pagar, #SmileTogetherWithPolident.

Berita Harian X