Khamis, 8 Ogos 2019 | 1:57pm
Pengasas Syarikat Kumpulan Holista, Datuk Dr Rajen Manicka ketika mengadakan taklimat kesihatan yang bertajuk 'Why The Malaysian Dietary Supplement Business Grows Every Year, Even In Recession?' pada majlis pelacancaran buku laporan 'Dietary Supplement Industry Status And Outlook Report 2019' di Hotel Eastin, Petaling Jaya. - Foto Nik Hariff Hassan

Sajian lengkap memadai tanpa pil suplemen

Doktor atau pakar perubatan adalah individu yang layak memberi nasihat kepada pesakit mengenai pengambilan makanan kesihatan (suplemen) bagi tujuan tertentu.

Pengasas Kumpulan Holista Colltech, syarikat berasaskan produk bioteknologi, Datuk Dr Rajen Manicka, berkata doktor dilatih secara perubatan menjalankan penyelidikan dan paten toksin (sebagai ubat) yang berfungsi untuk mereka.

Katanya, pengguna melihatnya sebagai toksin akibatnya mereka mengambil makanan tambahan tanpa memberitahu doktor.

Justeru, lebih lebih baik pengguna memberitahu doktor mengenai makanan tambahan alternatif yang diambil kerana kedua-duanya saling memerlukan.

“Akhirnya, doktor mahukan orang ramai menjadi proaktif dan sihat,” katanya ketika ditanya mengenai isu doktor yang menjadi cabaran kepada pengambilan makanan tambahan,” katanya.

Dr Rajen berkata demikian pada pelancaran forum Laporan Persatuan Pemakanan Diet Malaysia (MADSA), di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ahli panel lain ialah Henry Law dari EIGIS Consulting dan Pensyarah Institut Bioteknologi Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Dr Fadzilah Adibah Abdul Majid.

Perlu pengetahuan tambahan

Dr Fadzilah Adibah berkata, sekiranya lebih banyak mendengar mekanisme dan keselamatan makanan tambahan, mereka akan terbuka dengan artikel yang diterbitkan dalam jurnal.

Beliau berkata, pengetahuan tambahan mengenai khasiat yang terkandung dalam makanan tambahan penting bagi setiap individu sebelum mereka mengambilnya untuk mengekalkan kecergasan. Terdapat beberapa doktor menerima penggunaan suplemen sebagai rawatan tambahan.

“Bagaimanapun, mereka khuatir pesakit akan hanya mengambil suplemen dan mereka cuba mencari jalan penggunaan ubatan yang sesuai,” katanya.

Presiden Pertubuhan Makanan Tambahan Malaysia (MADSA), Muthu Shanmughom, berkata tahap pengambilan sajian berkhasiat yang buruk dalam kalangan masyarakat menyebabkan mereka berisiko mendapat penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, kanser dan penyakit berkaitan kadiovaskular.


Presiden Persatuan Pemakanan Diet Malaysia, Muthu Shanmunghom (kanan) melihat buku laporan penuh 'Malaysian Dietary Supplements Industry Status And Outlook 2019' yang dibaca oleh Penyelidik Institut Bioteknologi Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dr Fadzilah Adibah Abdul Majid (dua dari kiri), sambil diperhatikan Pengasas Syarikat Kumpulan Holista, Datuk Dr Rajen Manicka (kiri) dan Pengurus Rakan Kongsi dan Perundingan EIGIS, Henry Law di Hotel Eastin, Petaling Jaya. - Foto Nik Hariff Hassan

Nutrien merosot

Beliau berkata, kurang 30 peratus pengguna mengambil makanan tambahan berbanding penggunaan lebih tinggi seperti di Korea Selatan, Taiwan dan Australia.

“Masalahnya dengan makanan hari ini ialah ia mempunyai nutrien lebih rendah kerana kaedah pertanian moden menyebabkan khasiat yang terkandung dalamnya hilang di dalam tanah.

“Jadi, kita memerlukan suplemen dan jika serius mengenai peralihan tumpuan kepada penjagaan kesihatan pencegahan, kita perlu membuat suplemen sebagai pilihan utama.

Beliau berkata, laporan itu, unjuran pasaran makanan tambahan Malaysia, kini bernilai RM2.27 bilion dengan segmen paling pesat berkembang ialah dalam kognitif, mental dan mood tambahan sebanyak 17.9 peratus.

Kebanyakannya dijual melalui jualan langsung pada 55 peratus daripada saiz saluran jualan.

INFO

  • Perjumpaan doktor perubatan di Universiti Perubatan New York mengakui 80 peratus penyakit boleh dicegah melalui pengambilan makanan seimbang.
  • MADSA seharusnya mengambil inisiatif untuk membabit pelbagai agensi kerajaan untuk meningkatkan penjagaan kesihatan penduduk Malaysia.
  • MADSA diwujudkan untuk meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan rakyat Malaysia dengan menyediakan produk yang relevan, selamat dan berkesan.
  • Laporan sebagai panduan pelabur dalam industri untuk melabur dalam kategori dan tahap pelaburan yang betul.

  • 311 dibaca
    Berita Harian X