Sabtu, 30 November 2019 | 11:00am
PETALING JAYA 20 NOVEMBER 2019. Herbalceutical (M) Sdn Bhd bekerjasama dengan Watson memperkenalkan NH Soy Seeds yang dihasilkan daripada kacang soya organik yang telah dikupas, biji Chia dan biji Basil pada pelancaran minuman berkhasiat terbaru Siri NH Soy baru di di Taman SEA. STR/OWEE AH CHUN.

Soya sumber protein kaya antioksidan

KACANG soya kaya sumber protein, selain membekalkan kalsium untuk tulang, antioksidan bagi cegah penyakit kronik seperti jantung serta mengelak diabetes.

Mineral seperti kalsium, magnesium, zat besi dan phosphorous serta vitamin B kompleks dialam kacang soya diperlukan memberi kesihatan unggul kepada individu.

Pakar Nutrisi, Chee Yin, berkata serbuk soya diperkaya zat sebagai alternatif untuk kanak-kanak yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.

Katanya, susu lembu mengandungi protein, gula lemak, vitamin, bahan galian dan air menyebabkan sebahagian kanak-kanak mempunyai sistem imunologi tidak normal.

“Keadaan ini boleh mewujudkan tindak balas kepada protein susu dan menyebabkan alahan kepada protein susu lembu.

“Reaksi ini dicetuskan oleh sistem imunisasi tubuh hingga menjejaskan bahagian lain pada badan seperti kulit, paru-paru dan usus,” katanya.

DEMONSTRASI menyediakan NH Soy Seeds yang dihasilkan daripada kacang soya organik yang telah dikupas, biji Chia dan biji Basil pada pelancaran minuman berkhasiat terbaru Siri NH Soy baru di di Taman SEA. NSTP/Owee Ah Chun.

PEKERJA Herbalceutical Malaysia, Nur Hamiza Ruzaini memperagakan dua perisa NH Soy Seeds dihasilkan daripada kacang soya organik yang telah dikupas, biji Chia dan biji Basil pada pelancaran minuman berkhasiat terbaru Siri NH Soy baru di di Taman SEA. NSTP/Owee Ah Chun.

Khasiat tersendiri

Beliau berkata, satu hingga lima peratus bayi mengalami alahan terhadap protein di dalam susu lembu dan susu formula dari sumber itu.

Sama ada susu lembu mahupun soya, kedua-dua sumber protein itu mempunyai kebaikan tersendiri dan alahan bersifat individu.

Beliau menyarankan bayi di bawah usia setahun diberi susu jenis ini dan ibu bapa yang memiliki bayi mengalami masalah alahan susu lembu perlu merujuk kepada pakar pediatrik untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, alahan protein susu bukan saja kepada susu lembu, bayi juga mungkin mengalami alahan terhadap susu soya dan susu kambing.

“Oleh itu, bayi memerlukan susu khas yang diberi selepas mendapat nasihat doktor. Selepas setahun, bayi yang mengalami alahan susu lembu, boleh mengambil susu soya.

“Susu soya dan susu lembu masing -masing mempunyai kebaikan tersendiri. Namun, kelebihan susu soya tidak mengandungi kolesterol dan memilik protein tinggi,” katanya.

Mengulas tanggapan masyarakat mendakwa pengambilan susu soya ketika hamil mencantikkan kulit bayi, Yin berkata, tiada kajian berkenaan dakwaan itu.

Namun katanya, melihat kepada soya yang memiliki nutrisi sajian seimbang, pengambilan protein itu baik untuk wanita hamil.

HERBALCEUTICAL (M) Sdn Bhd bekerjasama dengan Watson memperkenalkan NH Soy Seeds yang dihasilkan daripada kacang soya organik yang telah dikupas, biji Chia dan biji Basil pada pelancaran minuman berkhasiat terbaru Siri NH Soy baru di di Taman SEA. NSTP/Owee Ah Chun.

Elak makan berlebihan

Beliau berkata, soya mengandungi asid amino yang tinggi dan membantu mencantikkan kulit bayi. Kandungan asid amino dalam soya juga mempengaruhi diet seseorang terutama yang mahu tampil langsing dan sihat.

“Minum soya secara konsisten menjadikan individu mudah kenyang dan mengurangkan mereka mengambil sajian pada kadar berlebihan.

“Apabila kenyang, jika tidak rasa ketagih untuk terus makan kerana tinggi protein. Sekarang ini banyak susu soya yang ditambah nilai dengan kentang dan biji chia yang lebih mengenyangkan.

“Anda berpotensi mengambil sajian pada kuantiti terhad, kurang lapar dan dapat mengekalkan berat badan sihat. Pada masa sama kurangkan sajian kalori tinggi, amalkan bersenam dan diet seimbang,” katanya.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh, berkata protein adalah sejenis nutrien penting diperlukan tubuh badan untuk membina dan membaiki tisu badan.

“Nutrien penting untuk merangsang tumbesaran kanak-kanak dan kacang jenis ini kaya sumber protein terbaik selain mengandungi profil asi amino lengkap, kaya serat dan rendah lemak tepu, sesuai untuk pengguna yang mengalami kesan alahan kepada laktosa.

Berita Harian X