Sabtu, 7 Disember 2019 | 11:28am
MEROKOK berisiko mendapat kanser paru-paru. Gambar Hiasan.
MEROKOK berisiko mendapat kanser paru-paru. Gambar Hiasan.
AMALKAN kualiti hidup dan hentikan merokok elak pelbagai kompilasi pelbagai penyakit. - Gambar Hiasan.
AMALKAN kualiti hidup dan hentikan merokok elak pelbagai kompilasi pelbagai penyakit. - Gambar Hiasan.

Risiko dapat kanser akibat tabiat merokok

Merokok membahayakan kesihatan. Namun, ramai merokok termasuk wanita tidak mengendahkan larangan merokok meskipun ia berisiko menghidapi penyakit berkaitan dengan jantung dan paru-paru.

Lebih parah lagi apabila ada insan yang tidak merokok juga berisiko mendapat kanser paru-paru hanya kerana menghidu asap rokok atau terdedah kepada pencemaran udara.

Umpamanya, berdasarkan peratusan, kira-kira 25 peratus wanita yang tidak menghisap rokok dikesan mendapat kanser paru-paru di negara ini.

Pakar Perunding Onkologi dari Hospital Pantai, Dr John Low, berkata

banyak faktor lain menyumbang perkembangan itu, selain terdedah kepada asap rokok, terdapat juga punca lain seperti berkaitan pekerjaan, industri dan pencemaran udara.

Katanya, faktor berkenaan menyebabkan berlakunya perubahan mutasi gen yang akhirnya menjadi kanser.

DR John Low. Foto NSTP - Nik Haridd Hassan
DR John Low. Foto NSTP - Nik Haridd Hassan

"Perkembangan ini perlu diambil perhatian serius kerana ia menunjukkan sesiapa sahaja berisiko menghidap kanser paru-paru, tidak semestinya golongan perokok tegar.

"Kanser paru-paru mengambil masa lama untuk dikesan, jadi trend semasa seperti rokok elektronik masih terlalu awal untuk tahu kesannya, bagaimanapun risiko itu tetap ada kerana ia memiliki bahan kimia dan tembakau.

"Lebih membimbangkan satu daripada lima penghidap kanser mati kerana biasanya penghidap hanya menyedari mereka menghidap kanser pada tahap tiga dan empat," katanya kepada BH Online.

Beliau ditemui ketika menghadiri Kongres Persatuan Pakar Onkologi Perubatan Eropah (ESMO) Asia 2019, yang disertai kira-kira 3,800 pakar onkologi dari 70 negara, di Singapura, baru-baru ini.

Pada kongres itu, 30 syarikat dan pusat penyelidikan bio farmasi berkaitan perubatan terkini terkemuka seperti AstraZeneca turut menyertai pameran.

Bagaimanapun Dr Low berkata, pada masa kini sudah banyak ubat baru yang boleh dimakan mengekang gen daripada bermutasi yang menyebabkan kanser merebak.

“Ubat-ubat terkini dilihat mampu mengawal kanser bagi jangka masa panjang, malah kanser paru-paru lebih mudah dirawat berbanding kanser lain.

"Dunia perubatan juga sudah memahami banyak cara biologi bagaimana kanser merebak dan bermutasi jadi untuk menentukan kaedah rawatan terbaik lebih mudah.

CHEE Leong (kanan) membantu penduduk Pangsapuri Kota Laksamana Utama Lo Ee Thiam, 68, (dua, kanan) dan isterinya, Gan Kim Yok, 65, mengisi air ke dalam tong. - foto BERNAMA
CHEE Leong (kanan) membantu penduduk Pangsapuri Kota Laksamana Utama Lo Ee Thiam, 68, (dua, kanan) dan isterinya, Gan Kim Yok, 65, mengisi air ke dalam tong. - foto BERNAMA

"Contohnya, kanser pada tahap awal, boleh dirawat dengan pembedahan kemudian diberi kemoterapi dan ubat khas.

“Kanser pada tahap seterusnya boleh dirawat secara multidisplin iaitu kemoterapi, imunoterapi dan ubat khas.

"Imunoterapi dilihat sangat berkesan kerana ia merangsang sistem imun dalam badan untuk mengenalpasti dan menghapuskan sel kanser lebih mudah.

"Sebagai analogi, sel kanser ibarat warga asing yang menggunakan Mykad palsu, tetapi sistem imun sudah dirangsang boleh mengesan pemalsuan dokumen berkenaan," katanya.

Beliau memberi contoh seorang pesakit kanser paru-paru pada tahap empat masih bertahan hidupnya selepas 12 tahun hanya bergantung pada ubat secara oral yang diberikan kepadanya.

"Pesakit berkenaan adalah wanita Melayu berusia 56 tahun masih menjalani hidup normal dan berkualiti sehingga ke hari ini.

"Ada seorang pesakit menghidapi kanser saluran makan dan kemudian disahkan menghidapi kanser paru-paru tahap empat pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Bagaimanapun, dia diberi rawatan kemoterapi, imunoterapi dan sekarang sudah tiga tahun masih bertahan dengan rutin rawatan imunoterapi serta ubat khas.

"Kira-kira 50 peratus pesakit kanser berkemungkinan akan pulih sepenuhnya tetapi peluang untuk mendapat balik kanser adalah tinggi, tetapi tanpa rawatan jangka hayat pesakit adalah tiga hingga enam bulan sahaja," katanya.

Berita Harian X