Isnin, 15 Julai 2019 | 11:46pm
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain. - Foto Muhaizan Yahya

Itu tidak betul - Ketua Polis Perak

IPOH: Polis Perak menafikan gambar seorang wanita yang tular di media sosial didakwa sebagai pembantu rumah yang menjadi mangsa rogol EXCO kerajaan negeri ini.

Gambar diletakkan bersebelahan EXCO kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong, itu didakwa mangsa rogol EXCO berkenaan dan tular sejak hari ini.

Terdapat juga kenyataan mendakwa ia dikeluarkan Menteri Luar Negeri Indonesia dalam media dan meminta supaya kerajaan Malaysia tidak melindungi perogol.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain, ketika dihubungi menafikan perkara itu dan meminta orang ramai supaya tidak mempercayai khabar angin yang tersebar itu.

“Saya pun tak tengok mangsa, pegawai penyiasat yang kenal mangsa.

“Tapi itu tidak betul, gambar itu bukan mangsa,” katanya.

2772 dibaca
Berita Harian X