Ahad, 8 Disember 2019 | 11:49pm
LALUAN Kundasang-Tawau terputus berikutan hakisan bawah tanah akibat hujan lebat.

Beratus kenderaan terkandas Jalan Kundasang-Tawau terputus

RANAU: Beratus kenderaan dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Pantai Timur Sabah dan sebaliknya terkandas, dipercayai akibat hakisan bawah tanah, di laluan Kundasang-Ranau kira-kira satu kilometer dari pekan Kundasang.

Kejadian dipercayai berlaku mulai jam 8 malam berikutan hujan lebat sejak petang tadi, mengakibatkan berlaku kesesakan jalan raya lebih lima kilometer (km).

Bas ekspres dinaiki penulis dan keluarga serta kenderaan lain terpaksa berpatah balik ke Kota Kinabalu.

Jalan berkenaan menghubungkan Kota Kinabalu dengan lapan daerah termasuk Ranau, Telupid, Tongod, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.

Berita Harian X