Jumaat, 27 Disember 2019 | 12:38pm
DADAH jenis syabu seberat 5.13 yang dirampas dalam satu operasi di Kampung Benoni. - Foto ihsan PDRM
DADAH jenis syabu seberat 5.13 yang dirampas dalam satu operasi di Kampung Benoni. - Foto ihsan PDRM

Lelaki ditahan bersama syabu di Papar

Papar: Seorang lelaki dicekup selepas didapati memiliki dadah jenis syabu dalam satu operasi di Kampung Benoni, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi semalam, suspek berusia 40-an ditahan bersama 5.13 gram syabu.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Umpit, berkata tangkapan dibuat oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Papar.

“Tangkapan dibuat di tepi jalan Kampung Benoni terhadap seorang lelaki tempatan yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan dadah jenis syabu seberat 5.13 gram dan dalam masa sama, hasil ujian air kencing suspek didapati positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Batholomew berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki syabu dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama kerana positif dadah.

Katanya lagi, kejayaan itu satu usaha pihaknya mengatasi masalah penyalahgunaan dadah di daerah ini.

“Ini juga salah satu usaha untuk mencegah aktiviti jenayah yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.

“Orang ramai dinasihatkan supaya memberikan maklumat kepada polis berhubung kegiatan menyalahi undang-undang untuk diambil tindakan segera,” katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X