Khamis, 16 Julai 2020 | 12:07am
Pembantu rumah yang dikenali sebagai Darmi. - Foto ihsan PDRM
Pembantu rumah yang dikenali sebagai Darmi. - Foto ihsan PDRM

RM64,000 disyaki dilarikan pembantu rumah

ISKANDAR PUTERI: Seorang majikan kerugian lebih RM64,000 apabila pelbagai mata wang tunai miliknya dilarikan pembantu rumah warga Indonesia, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata kejadian disedari majikan yang juga ketua jururawat apabila dihubungi anaknya yang memaklumkan pembantu rumah yang dikenali sebagai Darmi, tiada di rumah.

Katanya, majikan itu yang berada di Melaka bergegas pulang petang tadi, dan membuat pemeriksaan di dalam bilik suspek, namun mendapati barang peribadi suspek tiada dan dipercayai melarikan diri.

"Majikan kemudiannya membuat pemeriksaan di dalam biliknya dan mendapati wang tunai yang di simpan di dalam laci almari meja tiada dipercayai dicuri suspek.

"Antara yang hilang ialah mata wang tunai RM8,000, SDG5,000 dan £7,500. Kesemua wang tunai itu dianggarkan bernilai kira-kira RM64,000", katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Berita Harian X