Ahad, 7 Mei 2017 | 10:40pm

Isteri bekas jurugambar Harian Metro meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Isteri bekas jurugambar Harian Metro, Datuk Muhammed Ibrahim meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 8.10 malam ini.

Berita pemergian isterinya yang sebelum ini mengalami komplikasi hati dan hempedu, disahkan sendiri Muhammed menerusi laman Facebook beliau.

"Saya reda akan ketentuan Allah. Isteri saya telah kembali menemui yang maha Esa jam 8.10 malam," katanya dalam status Facebook.

STATUS Muhammed Ibrahim dalam laman Facebooknya.
STATUS Muhammed Ibrahim dalam laman Facebooknya.

Pada 22 April lalu, Muhammed menerusi laman media sosialnya itu turut memaklumkan isterinya selesai menjalani pembedahan di PPUM.

Ibrahim pernah bertugas sebagai jurugambar di Harian Metro bermula tahun 1991, seterusnya menjalankan perniagaan membuka restoran di Ampang.

Sebelum ke Harian Metro, beliau juga pernah berkhidmat di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

Berita Harian X