Rabu, 6 Disember 2017 | 5:57pm
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Perwakilan berdiri menyanyikan lagu Negaraku pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Asyraf Hamzah

Lagu Negaraku dalam bahasa isyarat

KUALA LUMPUR: Kehadiran guru bahasa isyarat di pentas sayap Puteri UMNO mencuri tumpuan perwakilan sepanjang perjalanan Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU 2017) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Wan Rofariza Wan Deraman dan Hafidah Awaludin, dari Persekutuan Orang Pekak Malaysia, menjalankan tugas secara bergilir-gilir.

Aksi dan gelagat dua guru berkenaan yang julung kali dibawakan ke pentas PAU, menarik perhatian sehingga menyebabkan ada segelintir perwakilan merakam aksi mereka ketika nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku berkumandang.

Keprihatinan Puteri menyediakan guru bahasa isyarat menunjukkan orang kurang upaya (OKU) tidak dipinggirkan.

Difahamkan, ada 10 OKU cacat pendengaran mengikuti ucapan dasar dan perbahasan termasuk sembilan perwakilan.

Berita Harian X