Selasa, 25 Februari 2020 | 9:18pm
Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan. -NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM
Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan. -NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

'Provokasi untuk memecahbelahkan PH'

JOHOR BAHRU: Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor menafikan dakwaan bahawa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu menyokong Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Pengerusinya, Aminolhuda Hassan, menegaskan dakwaan Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad, berhubung perkara itu pada petang tadi adalah tidak benar.

“AMANAH Johor ingin menegaskan bahawa kesemua sembilan ADUN daripada AMANAH masih setia bersama Pakatan Harapan (PH).

“Sehubungan itu, kenyataan Hasni adalah satu provokasi untuk memecahbelahkan PH,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Petang tadi, Hasni yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, dilaporkan mendakwa BN Johor sudah mendapat sokongan daripada 33 ADUN bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Aminolhuda berkata, satu sidang media untuk memberi penjelasan lanjut mengenai isu berkenaan akan diadakan pada jam 9 pagi, esok.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad (tengah) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Johor sebelum memulakan mesyuarat berhubung perkembangan politik semasa di Pejabat UMNO Johor. - Foto ZAIN AHMED

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X