Khamis, 27 Februari 2020 | 4:09pm

Jemaah umrah Malaysia dilarang selepas jam 3 petang tadi

KUALA LUMPUR: Jemaah Malaysia yang memegang visa umrah dan visa pelancong tidak dibenarkan menaiki pesawat ke Arab Saudi, selepas jam 3 petang tadi.

Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancong Bumitputera (BUMITRA), Mohd Ali Ab Malek, berkata semua pesawat dengan jemaah Malaysia yang berlepas ke Jeddah dan Madinah sebelum jam 3 petang tadi, dibenarkan mendarat di kedua-dua bandar raya itu.

“Penerbangan pesawat ke dua-dua bandar raya itu yang dijadualkan hari ini, tidak dibatalkan, cuma pemegang visa dalam kalangan rakyat Malaysia sahaja tidak dibenarkan menaikinya,” katanya.

Syarikat Penerbangan Arab Saudi, Saudia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menerusi notis kepada pihak berkenaan, menyatakan penggantungan sementara visa umrah dan lawatan itu dikenakan terhadap warga semua negara.

Katanya, visa melancong digantung sepenuhnya kepada pelawat daripada Malaysia dan Singapura.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X