Sabtu, 21 March 2020 | 9:00am

Kes COVID-19 dikesan di Tesco berita palsu

KUALA LUMPUR: Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd memberi jaminan kepada pelanggan bahawa tiada kes COVID-19 yang dilapor atau disahkan di semua cawangannya di seluruh negara.

Tesco dalam kenyataannya memaklumkan, dakwaan bahawa COVID-19 telah dikesan dalam Tesco Tanjung Pinang, Tesco Kajang, Tesco Setia Alam, Tesco Kuala Selangor dan Tesco Bukit Beruntung (yang lebih dikenali sebagai Tesco Bukit Sentosa), masing-masing, adalah tidak berasas dan palsu.

 

“Kami meminta pelanggan membuat pertimbangan yang bijak apabila menerima maklumat seumpama itu dan meminta semua pihak apabila ragu-ragu, sila periksa laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, dan juga laman web dan Facebook Tesco untuk mendapatkan penjelasan,” kata kenyataan itu.

 

Menurut kenyataan itu, Tesco terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kesihatan dalam melaksanakan segala langkah yang perlu untuk memastikan kesihatan dan keselamatan rakan sekerja serta pelanggan di setiap cawangan di seluruh negara.

 

“Langkah ini termasuklah pembasmian kuman di troli, bakul membeli-belah, pemegang pintu, kaunter pembayaran keluar, dulang penghantaran dan di kawasan yang selalunya pesat dengan pelanggan seperti medan makan dan tandas, “kata kenyataan itu.

 

Jika pelanggan mempunyai sebarang keraguan, sila hubungi Talian Bantuan Pelanggan Tesco di .

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X