Isnin, 6 April 2020 | 8:45pm
Usahawan belia perlu merebut peluang dalam Pakej PRIHATIN PKS untuk kurangkan beban kewangan syarikat dan suntik motivasi teruskan perniagaan. Gambar hiasan. - Foto NSTP/Ghazali Kori
Usahawan belia perlu merebut peluang dalam Pakej PRIHATIN PKS untuk kurangkan beban kewangan syarikat dan suntik motivasi teruskan perniagaan. Gambar hiasan. - Foto NSTP/Ghazali Kori

Pakej PRIHATIN PKS suntik motivasi usahawan belia

KUALA LUMPUR: Usahawan belia perlu merebut peluang dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) PKS (Tambahan) bagi mengurangkan beban kewangan syarikat.

Pengasas Hub Usahawan Digital & Smart Belia, Nurliana Muhammad, berkata pakej itu antara lain memberi suntikan motivasi bagi meneruskan perniagaan, sejurus tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti.

Selain itu, katanya, usahawan belia perlu merebut peluang untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi dan kemajuan potensi modal insan sebagai persediaan ke arah Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

“Geran khas bernilai RM3,000 diperuntukkan bagi setiap syarikat mikro mampu digunakan sepenuhnya bagi mengurangkan beban aliran tunai syarikat, khususnya kepada usahawan belia.

“PRIHATIN PKS (Tambahan) ini juga akan membantu melonjakkan kreativiti usahawan muda dalam tempoh mencabar ini, selain membantu usahawan belia yang sudah terbeban dengan hutanga sedia ada," katanya kepada BH di sini, hari ini.

Pengasas Hub Usahawan Digital & Smart Belia, Nurliana Muhammad. - Foto NSTP
Pengasas Hub Usahawan Digital & Smart Belia, Nurliana Muhammad. - Foto NSTP

Nurliana yang juga EXCO Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan

Majlis Belia Malaysia menyokong saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya rundingan antara majikan dan pekerja perlu diadakan.

“Ia membabitkan isu penggajian yang perlu dilaksanakan sebaiknya antara kedua-dua pihak. Bantuan diberikan ini munasabah dan tepat pada masanya.

“Saya yakin kerajaan mampu melahirkan golongan usahawan muda kreatif dan mampu menggunakan pendekatan ini dengan sokongan penuh kerajaan,” katanya.

Berita Harian X