Isnin, 25 Mei 2020 | 3:18pm

PKPB: 14 di kampung tak dapat kebenaran pulang kena kompaun

KUALA LUMPUR: Sebanyak 383 kompaun dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap orang ramai yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika sambutan hari pertama Aidilfitri.

Kompaun itu membabitkan percubaan untuk merentas negeri, beraya di kampung halaman serta jumlah yang berhari raya dalam satu rumah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihak polis tidak berdiam diri walaupun semalam adalah hari pertama Aidilfitri dan tetap mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan pelanggaran SOP.

Daripada jumlah itu, sebanyak 214 kompaun adalah dikeluarkan dalam sekatan jalan raya dan 14 kompaun terhadap mereka yang berhari raya di kampung halaman.

"Ramai yang tidak percaya polis akan tetap mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar SOP khususnya pada hari raya dan ini dibuktikan 14 kompaun yang dikeluarkan itu adalah kepada mereka yang sudah berada di kampung halaman dan tidak mendapat kebenaran pulang.

"Apabila saya katakan, kami serius akan mengambil tindakan, ramai yang mengambil ringan," katanya dalam sidang media harian, hari ini.

Anggota polis Balai Polis Air Itam dan anggota tentera ketika menjalankan tugas pemeriksaan dari rumah ke rumah dalam tempoh PKPB di Kampung Masjid, Air Itam, Georgetown. Pemeriksaan untuk mengesan individu yang ingkar apabila pulang ke kampung menyambut Aidilfitri, serta pematuhan PKPB. - Foto NSTP/Danial Saad

Semalam PDRM menahan 470 individu yang mana 87 individu telah direman dan 23 individu dijamin atas kesalahan melanggar SOP. PDRM turut mengeluarkan kompaun kepada 383 individu atas kesalahan melanggar SOP.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri juga berkata, sebanyak 1,243 kenderaan juga cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung dan ia tinggi berbanding 1,158 kenderaan pada hari sebelumnya.

"Negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri untuk pulang ke kampung tertinggi adalah Selangor iaitu 685 kenderaan, Negeri Sembilan (133) dan Pahang (72)," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • #taskid sendstory

    Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar (empat dari kiri) menjalankan tugas pemeriksaan dari rumah ke rumah dalam PKPB di Kampung LBJ. Pemeriksaan keselamatan yang dilakukan bertujuan mengesan individu yang ingkar pulang ke kampung menyambut Aidilfitri, serta pematuhan PKPB. - Foto NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin

    Berita Harian X