Sabtu, 23 Jun 2018 | 5:46pm
PEMANGKU Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. - Foto BERNAMA
PEMANGKU Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. - Foto BERNAMA

BN teliti keputusan GERAKAN - Zahid

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan GERAKAN keluar Barisan Nasional (BN) akan diteliti untuk tindakan lanjut.

Pemangku Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata beliau akan meminta Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja BN, Datuk Seri Abu Khamis untuk menghubungi pemimpin GERAKAN.

"Saya akan akan melihat keputusan dibuat oleh mereka secara teliti, saya akan meminta Setiausaha Agung BN dan Setiausaha Kerja BN untuk menghubungi mereka kerana kita belum dapat surat rasmi daripada mereka.

"Kita perlu melihatnya secara teliti," katanya pada sidang media di Menara Dato, di sini, hari ini.

Jawatankuasa Pusat GERAKAN (CC) dalam mesyuarat hari ini sebulat suara memutuskan keluar BN.

Keputusan itu dibuat selepas perbincangan, penelitian dan pertimbangan yang menyeluruh dan serius terhadap perkembangan politik semasa negara pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

GERAKAN menjadi parti komponen terbaharu keluar BN selepas tindakan sama diambil beberapa parti di Sarawak dan Sabah.

Berita Harian X