Jumaat, 29 Mei 2020 | 12:25pm
Pemecatan Suhaimi dipercayai ada kaitan dengan pengguguran Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi Ahli Parlimen dari parti itu. - Foto NSTP.
Pemecatan Suhaimi dipercayai ada kaitan dengan pengguguran Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi Ahli Parlimen dari parti itu. - Foto NSTP.
Pertelingkahan dalam BERSATU bermula selepas Pengerusi, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan meletak jawatan dan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin memangku. Gambar bersama-sama Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dirakam pada Majlis Sambutan UlangTahun Ketiga BERSATU di Shah Alam. Turut hadir Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. - Foto NSTP/ROSLIN MAT TAHIR.

Dr Mahathir lantik Sazmi tapi Suhaimi dakwa masih Setiausaha Kerja

KUALA LUMPUR: Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Muhamad Suhaimi Yahya menjelaskan beliau masih kekal memegang jawatan itu.

Katanya, tidak timbul isu mengenai pemecatan beliau daripada parti seperti didakwa bekas Setiausaha Agung, Datuk Marzuki Yahya.

"Marzuki bukan lagi Setiausaha Agung BERSATU," katanya kepada BH.

Dalam satu surat yang viral di media sosial, Marzuki mengeluarkan surat memecat Muhamad Suhaimi kerana melanggar etika kerja dan Perlembagaan BERSATU.

Di dalam surat itu, dinyatakan Suhaimi dipecat kerana membuat keputusan berhubung pentadbiran parti serta mengeluarkan surat pemecatan keahlian tanpa pengetahuan dan tidak merujuk kepada Setiausaha Agung, selaku Ketua Pentadbir Ibu Pejabat parti.

Marzuki dalam surat yang ditandatangannya itu menjelaskan pemecatan itu selaras dengan Perlembagaan BERSATU pindaan 2019, kaedah pemberhentian dan pemecatan ahli di bawah fasal 10 serta fasal 16.6.

Katanya, mengikut fasal 8, pendaftaran keahlian, semua perihal pengurusan keahlian dan daftar ahli di bawah bidang kuasa Setiausaha Agung.

Beliau berkata, mengikut fasal 16.6, tugas Setiausaha Agung ialah mengelola pentadbiran ibu pejabat dan semua perihal pengurusan keahlian dan daftar ahli.

Berdasarkan surat yang diedarkan kepada media, keahlian kelima-lima mereka digugurkan atas alasan duduk di bangku pembangkang ketika persidangan pembukaan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Sazmi Miah
Bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Sazmi Miah

Surat makluman mengenai perkara berkenaan yang bertarikh 28 Mei ditandatangani Suhaimi.

Berita Harian X