Rabu, 8 April 2020 | 12:38pm
Pengusaha kedai percetakan, Azri Che Mukhtar.
Pengusaha kedai percetakan, Azri Che Mukhtar.

Nasib usahawan PKS terjamin selepas PKP

KUANTAN: Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Tambahan (PRIHATIN) PKS Tambahan menjamin kelangsungan kewangan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik coronavirus (COVID-19).

Pengusaha kedai percetakan, Azri Che Mukhtar, 31, semua langkah tambahan dalam pakej bernilai RM10 bilion itu dapat membantu mereka terus mengekalkan perniagaan mereka bagi menghadapi tempoh kritikal sehingga hujung tahun ini.

Beliau berkata, subsidi gaji RM1,200 yang diumumkan amat melegakannya kerana usahawan PKS sememangnya bimbang mengenai keadaan ekonomi sekarang dan selepas berakhirnya PKP.

“Ini kerana jualan mula menurun bermula sebelum PKP lagi. Jadi, pengumuman pakej tambahan ini dapat meringankan beban kewangan yang akan ditanggung majikan seperti saya pada masa akan datang dan mengekalkan pekerja.

“Pada sama dapat, bantuan yang diumumkan kerajaan ini juga dapat memastikan gaji pekerja dibayar seperti biasa walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azri berkata, sebagai pengusaha kedai percetakan di Kuantan dan menggaji enam pereka grafik dan pekerja am, subsidi gaji, geran khas peniaga mikro dan pinjaman kredit mikro Bank Simpanan Nasional (BSN) amat melegakannya.

“Ia sekali gus menunjukkan kerajaan mengambil berat dan memahami masalah yang dihadapi usahawan PKS ketika berdepan PKP dan pandemik COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isnin lalu, mengumumkan beberapa di bawah inisiatif pakej tambahan untuk PKS itu, bagi meringankan beban usahawan PKS.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X