Jumaat, 20 Oktober 2017 | 3:34pm
KETUA Pemasaran & Runcit Pdb, Abang Jimmy Abang Mordian (dua dari kiri) ketika pelancaran, pelbagai pilihan sajian set kombo sarapan pada harga RM5 disediakan kepada pelanggan stesen Petronas menerusi Mornings@Mesra. Kombo sarapan pagi itu ditawarkan Petronas Dagangan Berhad (PBD) di 450 stesen Petronas di seluruh Malaysia. - Foto Halim Salleh
KETUA Pemasaran & Runcit Pdb, Abang Jimmy Abang Mordian (dua dari kiri) ketika pelancaran, pelbagai pilihan sajian set kombo sarapan pada harga RM5 disediakan kepada pelanggan stesen Petronas menerusi [email protected] Kombo sarapan pagi itu ditawarkan Petronas Dagangan Berhad (PBD) di 450 stesen Petronas di seluruh Malaysia. - Foto Halim Salleh

Kombo sarapan RM5 di stesen Petronas

KUALA LUMPUR: Pelbagai pilihan sajian set kombo sarapan pada harga RM5 disediakan kepada pelanggan stesen Petronas menerusi [email protected].

Kombo sarapan pagi itu ditawarkan PETRONAS Dagangan Berhad (PBD) di 450 stesen Petronas terbabit di seluruh negara.

Dengan hanya membayar RM5, pelanggan dapat menikmati minuman Milo dan satu sajian pilihan sama ada nasi kerabu, mi goreng, mihun goreng atau nasi lemak dan Nescafe.

Ketua Jabatan Pemasaran Bahagian Perniagaan Runcit PDB, Abang Jimmy Abang Mordian, berkata [email protected] bertujuan menyediakan pilihan sarapan yang cepat pada harga berpatutan kepada pelanggan terutama pekerja dan ibu bapa.

"Sajian untuk [email protected] disediakan oleh vendor terpilih bagi memastikan pelanggan dapat menikmati sarapan berkualiti.

"Sajian ini berbeza di setiap lokasi mengikut cita rasa pelanggan. Antara yang popular disediakan seperti nasi lemak Presint 9 Putrajaya dan nasi lemak Sri Hartamas.

"Bagi sesetengah tempat mungkin nasi kerabu atau pulut kuning dan menu ini disediakan bergantung kepada permintaan," katanya pada pelancaran [email protected] fasa kedua di stesen Petronas Sungai Besi, hari ini.

[email protected] diperkenalkan pada Mac lalu hanya menyajikan nasi lemak dan minuman Nescafe serta membabitkan 250 stesen sahaja.

Berikutan sambutan menggalakkan, PBD memperkenalkan fasa kedua dengan lebih banyak pilihan menu.

Dengan adanya [email protected], PBD juga dapat membantu peniaga kecil mengembangkan perniagaan dan meningkatkan pendapatan.

Berita Harian X