Jumaat, 2 Februari 2018 | 4:24pm
PENGURUS Eksekutif Bahagian Pengurusan Korporat AEON, Poh Ying Loo (kanan) bersama Pengurus Stor AEON Co (M) Bhd, Fong Ken Yen, (tengah) Pengarah Eksekutif Perniagaan AEON Co (M) Bhd, Hiroyuki Kotera ketika sesi foto bersama penari singa sebagai adat warisan masyarakat Cina ketika majlis perasmian Pasaraya AEON Maxvalu Prime, The Sphere, Bangsar South. - Foto Nik Hariff Hassan

FONG Ken Yen (kiri) bersama Pengurus Eksekutif Bahagian Pengurusan Korporat AEON, Poh Ying Loo, Pengurus Besar Operasi Perniagaan Khas AEON, Ahmad Fazli Abu Bakar dan Pengarah Eksekutif Perniagaan AEON Co (M) Bhd, Hiroyuki Kotera (kanan) ketika majlis perasmian Pasaraya AEON Maxvalu Prime, The Sphere, Bangsar South. - Foto Nik Hariff Hassan

POH Ying Loo (kiri) bersama Pengurus Stor AEON Co (M) Bhd, Fong Ken Yen dan bersama Pengarah Eksekutif Perniagaan AEON Co (M) Bhd, Hiroyuki Kotera (kanan) memotong riben sebagai tanda perasmian Pasaraya AEON Maxvalu Prime, The Sphere, Bangsar South. - Foto Nik Hariff Hassan

AEON rancang buka 3 pasar raya Maxvalu Prime

KUALA LUMPUR: AEON CO (M) Bhd (AEON), merancang membuka satu hingga tiga cawangan baru pasar raya Maxvalu Prime bagi tahun ini dengan purata pelaburan kira-kira RM5 juta bagi setiap cawangan.

Pengarah Eksekutifnya, Poh Ying Loo berkata pada peringkat awal pembukaan cawangan pasar raya itu akan memfokus di kawasan bandar sekitar Lembah Klang sebelum diperluaskan ke luar Lembah Klang pada masa depan.

"Tahun ini, kami juga merancang untuk membuka AEON General Merchandise Stores di Kuching,Sarawak dengan pelaburan RM200 juta hingga RM300 juta ," katanya di majlis pelancaran cawangan Maxvalu Prime dan farmasi AEON Wellness di sini, hari ini.

Ia menyaksikan AEON membuka cawangan ketiga MaxValu Prime di Bangsar South selepas pembukaan cawangan pertama di Sunway Velocity, Cheras dan kedua di Evo Bangi.

Beliau berkata, pembukaan cawangan ketiga terbaru itu dijangka melonjakkan komuniti beli-belah di Bangsar South kerana kawasan itu memiliki kepadatan tenaga kerja dan penduduk yang tinggi berikutan ia terdiri daripada kombinasi bangunan komersil dan kediaman.

"Kami menyasarkan seramai 15,000 hingga 20,000 pengunjung akan membeli-belah di pasar raya ini pada setiap minggu dengan menawarkan pengalaman beli-belah baik kepada pelanggan melalui penyediaan pelbagai produk dan ruang makanan serta minuman," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ying Loo berkata, AEON optimis industri peruncitan negara mampu mencatatkan prestasi positif berikutan jangkaan sentimen pengguna yang lebih baik pada tahun ini.

"Pengumuman inisiatif berkaitan pengguna pada Bajet 2018, pengukuhan nilai ringgit dan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang stabil ini menyumbang kepada sentimen positif sekali gus memberi manfaat kepada peruncit di Malaysia," katanya.

Berita Harian X