Jumaat, 8 Februari 2019 | 11:20am
KUALA LUMPUR 21 SEPTEMBER 2016. Bangunan Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jalan Bangsar. NSTP/ASYRAF HAMZAH

TNB jalin kerjasama dengan tiga syarikat

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), TNB Energy Services menerusi anak syarikatnya, Maevi Sdn Bhd, memeterai perjanjian persefahaman bersama tiga syarikat sebagai rakan strategik bagi sistem pengurusan tenaga dan projek rumah pintar.

Dalam perjanjian persefahaman itu, Maevi akan bekerjasama dengan dua syarikat berkaitan hartanah, iaitu Protasco Bhd dan Tan & Tan Development Bhd, serta syarikat perunding perisian dan kejuruteraan, DGB Bhd.

Perjanjian persefahaman dengan Protasco bertujuan membekal dan memasang perkhidmatan rumah pintar Maevi untuk projek pembangunan perumahan, kata TNB dalam satu kenyataan hari ini.

Kerjasama dengan Tan & Tan Development ialah bagi menjalin kerjasama pintar dalam kecekapan pengurusan dan pemantauan aset IGB Bhd.

Tan & Tan Development ialah anak syarikat milik penuh IGB.

Perjanjian persefahaman dengan DGB pula membabitkan kerjasama bagi meneroka pasaran pengurusan tenaga melalui program pengedaran bersama, kata TNB.

Berita Harian X