Rabu, 12 Februari 2020 | 6:44pm
Perak Corporation Bhd.
Perak Corporation Bhd.

Perak Corporation disenarai syarikat PN17

KUALA LUMPUR: Perak Corporation Bhd, syarikat berkaitan kerajaan negeri Perak melepasi kriteria Perenggan 2.1(f) Nota Amalan 17 (PN17) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities).

Bursa Securities dalam kenyataannya hari ini berkata, ia akan terus memantau perkembangan Perak Corporation, syarikat yang memiliki kepentingan taman tema MAPS di Ipoh, berhubung pematuhannya terhadap Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.

“Setakat 12 Februari 2020, terdapat 27 syarikat di bawah PN17 dan GN3 yang mewakili 2.99 peratus daripada 901 syarikat disenaraikan di Pasaran Utama dan Pasaran ACE Bursa Securities,” katanya.

Berita Harian X