Rabu, 1 April 2020 | 3:20pm
FWD Medical Rider dan FWD Medical Executive Rider
FWD Medical Rider dan FWD Medical Executive Rider

Produk baharu FWD Takaful turut lindungi COVID-19

KUALA LUMPUR: FWD Takaful melancarkan dua produk baharu, FWD Medical Rider dan FWD Medical Executive Rider yang turut menawarkan perlindungan kepada peserta yang dijangkiti COVID-19.

Kedua-dua produk baharu ini menawarkan perlindungan perubatan dan manfaat yang komprehensif serta mudah diakses untuk rakyat Malaysia sekiranya dimasukkan ke hospital atau menjalani pembedahan akibat sakit atau kecederaan kemalangan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Salim Majid Zain berkata, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai rakyat Malaysia telah beralih kepada penjagaan kesihatan swasta sebagai pilihan penjagaan kesihatan mereka, walaupun kos perubatan terus meningkat.

Katanya, produk perubatan asas dan eksekutifnya itu akan memberikan bantuan kewangan kepada pelanggan dan keluarga mereka untuk menampung bayaran masuk ke hospital, pembedahan, bahkan Unit Rawatan Rapi (ICU) sekiranya mengidap penyakit utama dan perbelanjaan perubatan yang tinggi.

“Di FWD Takaful, kami ingin mengubah tanggapan orang mengenai takaful dengan menyediakan akses mudah kepada produk takaful keluarga yang inovatif untuk semua rakyat Malaysia.

“Peserta kini boleh mengakses kad eMedical dengan mudah melalui aplikasi mudah alih untuk produk yang baru dilancarkan ini dan kami terus berusaha untuk meningkatkan hubungan digital dengan pelanggan.

“Kad eMedical akan berfungsi sebagai mod pengenalan dan peserta juga akan dapat mengemukakan tuntutan mereka dan melihat kelayakan dan baki mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Pelanggan kini boleh menyertai FWD Medical Rider dan FWD Medical Executive Rider dari mana-mana ejen yang sah.

Produk itu menyediakan kemasukan ke kebanyakan hospital utama dan pusat perubatan dengan pilihan bilik tanpa perlu mengeluarkan tunai dan bebas daripada kerumitan.

Ia juga menyediakan pilihan untuk melindungi keluarga dalam satu sijil di mana ia boleh ditawarkan sebagai pelan individu, pelan pasangan atau pelan keluarga yang melindungi sehingga empat anak.

Selain itu, had tahunan peserta akan meningkat sebanyak 10 peratus jika tiada tuntutan dibuat dalam tempoh dua tahun, namun dihadkan peningkatan tahunan sebanyak 50 peratus darpadai had permulaan.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X