Khamis, 21 Mei 2020 | 10:00pm
Parkson Holdings Bhd - Foto ihsan Parkson
Parkson Holdings Bhd - Foto ihsan Parkson

Rugi bersih suku ketiga Parkson RM92.33 juta

KUALA LUMPUR: Kerugian bersih Parkson Holdings Bhd pada suku ketiga berakhir 31 Mac 2020 melebar kepada RM92.33 juta berbanding RM6.48 juta dalam suku sama tahun lalu.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia, ia berkata pendapatan merosot kepada RM698.93 juta berbanding RM1.1 bilion sebelumnya, disumbangkan terutama oleh sentimen pasaran runcit lebih lemah.

Ia berkata, impak COVID-19 dalam suku semasa menyebabkan perniagaan runcit kumpulan melaporkan pendapatan lebih rendah RM2.53 bilion, dengan keuntungan operasi lebih rendah RM59 juta.

Setakat 21 Mac 2020, unit peruncitan kumpulan mempunyai 103 gedung, dengan 42 di Malaysia, 42 di China, 15 di Indonesia dan empat di Vietnam.

Mengenai prospek, ia berkata persekitaran operasi kumpulan dijangka kekal mencabar di tengah-tengah persaingan dan pandemik COVID-19.

"Menuju ke hadapan, prestasi kumpulan akan bergantung kepada pemulihan perniagaan dan sentimen pelanggan," katanya.

-BERNAMA

Berita Harian X