Jumaat, 20 April 2018 | 4:43pm
MALAYSIA Airlines menawarkan diskaun tiket sehingga 40 peratus ke destinasi terpilih. - Foto fail NSTP

Malaysia Airlines tawar diskaun tiket 40 peratus

SEPANG: Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) menawarkan diskaun tiket sehingga 40 peratus ke destinasi terpilih menerusi kempen promosi Malaysia Airlines Grand Travel Deals.

Promosi berkenaan yang bermula 23 hingga 29 April ini menawarkan tambang murah kepada pelanggan untuk kelas ekonomi.

Dalam satu kenyataan, Malaysia Airlines berkata, promosi itu bagi tempoh penerbangan bermula dari 24 April ini hingga 31 Mac 2019.

"Pelanggan boleh menikmati tambang serendah RM259 antara Kuala Lumpur dan Phonm Penh, RM299 ke Jakarta, RM699 ke Hong Kong atau Colombo, dan RM2,829 ke London.

"Selain itu, pelanggan juga boleh pelbagai destinasi termasuk Terengganu dengan tambang serendah RM99, RM139 ke Kuching, RM149 ke Miri dan RM189 ke Kota Kinabalu," katanya.

Malaysia Airlines berkata, sebahagian daripada promosi itu, syarikat penerbangan berkenaan turut menawarkan diskaun sehingga 50 peratus untuk tambang penerbangan kanak-kanak, penginapan hotel di Malaysia menerusi tempahan Booking.com serta diskaun 10 peratus bagi pembelian awal untuk tambahan bagasi 10 kilogram dan pemilihan tempat duduk.

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial Malaysia Airlines, Arved von zur Muehlen, berkata tawaran promosi itu adalah bagi menarik lebih ramai pelanggan baharu kepada syarikat penerbangan itu disamping memberi tanda penghargaan kepada pelanggan sedia ada.

"Pelanggan harus memanfaatkan promosi Grand Travel Deals ini kerana kami menawarkan diskaun sehingga 40 peratus tambang penerbangan untuk destinasi domestik dan antarabangsa.

"Tambang kelas ekonomi itu termasuk elaun bagasi daftar masuk 30 kilogram, hidangan makanan percuma dan hiburan dalam penerbangan," katanya.

167 dibaca
Berita Harian X