Selasa, 7 April 2020 | 3:45pm
Bank Negara Malaysia (BNM)
Bank Negara Malaysia (BNM)

Rizab antarabangsa BNM lebih rendah

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$101.7 bilion pada 31 Mac 2020, berbanding AS$103 bilion pada 13 Mac lalu.

Bank pusat dalam kenyataannya berkata, paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.

“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” katanya.

Berita Harian X