Selasa, 7 April 2020 | 6:46pm
Kebanyakan perniagaan ditutup semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) - NSTP/Aizuddin Saad
Kebanyakan perniagaan ditutup semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) - NSTP/Aizuddin Saad

Kaji pelan pemulihan PKS untuk jangka panjang

KUALA LUMPUR: Terdapat keperluan mendesak untuk mengkaji satu strategi pemulihan yang lebih mampan dan jangka panjang, berkaitan dengan kesejahteraan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang.

Pengerusi Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM), Danny Lee berkata, pihaknya menyambut baik rangsangan khas tambahan kerajaan untuk membantu PKS dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Beliau berkata, bagaimanapun fokus harus diberikan untuk memastikan kemampanan perniagaan dalam jangka sederhana hingga jangka panjang.

“Ini akan membantu memastikan perniagaan dapat dipulihkan dan rakyat dapat mengekalkan pekerjaan mereka.

“Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu melihat kemungkinan besar berlakunya kemelesetan ekonomi jika pandemik COVID-19 terus memburuk di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

– BERNAMA

Berita Harian X