Jumaat, 21 Julai 2017 | 10:05am

Ringgit dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut, didorong oleh minat berterusan dalam aset pasaran baharu muncul di tengah-tengah kekurangan rangsangan di ekonomi utama, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada paras 4.2840/2870 berbanding dolar AS berbanding penutup semalam 4.2900/2930.

Peniaga berkata, keputusan Bank Pusat Eropah (ECB) untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah membantu memacu minat dalam aset pasaran baharu muncul.

Sementara itu, ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.1343/1379 daripada 3.1307/1340 dan lemah berbanding yen kepada 3.8250/8284 daripada 3.8174/8218 semalam.

Unit tempatan itu mengukuh berbanding pound kepada 5.5516/5560 daripada 5.5620/5663 semalam, tetapi lemah berbanding euro kepada 4.9810/9849 daripada 4.9348/9387. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X