Isnin, 12 Februari 2018 | 7:26pm
- Foto Ramdzan Masiam
- Foto Ramdzan Masiam

Ringgit ditutup hampir tidak berubah

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar AS hari ini ketika pasaran berhati-hati menjelang pengumuman Bank Negara Malaysia mengenai data keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku keempat untuk 2017 pada Rabu.

Pada jam 6 petang, ringgit ditutup pada 3.9370 / 9400 berbanding 3.9370 / 9410 bagi setiap dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup Jumaat lalu.

Ketua Perdagangan OANDA Corp Untuk Asia-Pasifik, Stephen Innes, berkata ringgit berada dalam kedudukan lebih baik daripada mata wang serantau untuk bertahan terhadap ketidaktentuan global berikutan asas makro yang kukuh.

"Bagaimanapun, landskap ekonomi domestik akan mendapat tumpuan apabila angka KDNK suku keempat dikeluarkan pada Rabu," katanya.

Sementara itu, ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 2.9689/9713 daripada 2.9604/9643 Jumaat lalu dan menurun berbanding yen kepada 3.6202/6240 daripada 3.6096/6143 sebelum ini.

Unit tempatan itu mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4504/4553 daripada 5.4795/4859 tetapi hampir tidak berubah berbanding euro kepada 4.8279/8320 daripada 4.8279/8344 pada Jumaat.

-- BERNAMA

Berita Harian X