Khamis, 31 Mei 2018 | 7:04pm

Harga minyak dunia susut

LONDON: Minyak susut lebih rendah, berikutan jangkaan kenaikan inventori minyak Amerika Syarikat (AS) dan prospek peningkatan output daripada Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), pada akhir tahun ini.

Harga minyak merosot kepada paras tiga minggu rendah di bawah AS$75 setong pada Isnin selepas OPEC dan anggota bukan OPEC termasuk Russia menyatakan persetujuan untuk mengawal bekalan dan meningkatkan pengeluaran.

Meskipun penanda aras harga minyak Brent kembali pulih selepas didagangkan sekitar AS$77 setong, pelabur tetap masih berhati-hati sebelum menjelang mesyuarat OPEC pada 22 Jun ini.

Sumber memberitahu Reuters, bahawa Arab Saudi, pemimpin OPEC dan Russia sedang membincangkan peningkatan pengeluaran kira-kira satu juta tong sehari (bpd) untuk mengimbangi pengurangan bekalan dari Venezuela dan mengurangkan kebimbangan mengenai kesan sekatan AS ke atas output Iran .

Pada 0923 GMT, niaga hadapan minyak mentah Brent jatuh 31 cents pada AS$77.41 setong, membalikkan kenaikan tiga peratus.

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate susut 39 cents pada $67.82 setong.

"Jika ia adalah pembetulan sebenar, maka harga minyak akan turun kepada AS$70 atau AS$60," kata penganalisis komoditi utama SEB, Bjarne Schieldrop.

Menurutnya, pasaran juga perlu berhati-hati menjelang mesyuarat OPEC.

-REUTERS

Berita Harian X