Rabu, 8 Ogos 2018 | 7:23pm
GAMBAR fail, pengurup wang berlesen mengira mata wang ringgit disebabkana nilai mata wang Malaysia. - Foto Zulfadhli Zulkifli
GAMBAR fail, pengurup wang berlesen mengira mata wang ringgit disebabkana nilai mata wang Malaysia. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Ringgit ditutup tidak berubah

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, susulan sentimen yang meningkat hasil daripada data ekonomi China yang lebih tinggi berbanding jangkaan, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.0740/0770 berbanding dolar daripada 4.0740/0790 pada Selasa.

Peniaga berkata bacaan eksport dan rizab tukaran asing China yang lebih tinggi meningkatkan yuan dan mata wang ekonomi pesat membangun Asia lain.

“Data perdagangan China yang relatifnya kukuh menunjukkan sebarang kemerosotan perdagangan China disebabkan ketegangan perdagangan hanya sederhana, yang menyokong peningkatan kecil yuan hari ini berbanding mata wang utama yang lain.

Sementara itu, ringgit kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 2.9870/9897 daripada 2.9842/9881 kelmarin dan rendah berbanding yen Jepun pada 3.6723/3756 daripada 3.6640/6692.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding pound kepada 5.2567/5614 daripada 5.2819/2905 namun rendah berbanding euro kepada 4.7242/7293 daripada 4.7218/7284 semalam. -BERNAMA

Berita Harian X