Isnin, 27 Ogos 2018 | 10:22am

Brent susut kepada AS$75.75 setong

SINGAPURA: Harga minyak susut sedikit hari ini, susulan kebimbangan bahawa pertikaian perdagangan Amerika Syarikat (AS) - China akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi global, meskipun sekatan AS ke atas sektor minyak Iran menyebabkan menyekat kejatuhan berterusan minyak mentah, kata peniaga.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$75.75 setong pada 0122 GMT, susut tujuh cents daripada penutup terakhirnya.

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) pula susut sembilan 9 cents kepada AS$68.63 setong.

“Penurunan jumlah pelantar minyak AS dan kejatuhan inventori minyak AS minggu lalu menyokong harga minyak di tengah-tengah perang dagang AS-China yang berlarutan yang mana dapat melemahkan pertumbuhan global dan menimbang permintaan ke atas minyak,” kata Ketua Pedagang bagi Asia/Pasifik OANDA, Stephen Innes.

Syarikat tenaga AS mengurangkan sembilan pelantar penggerudian minyak minggu lalu, susut kepada 860, pengurangan terbesar sejak Mei 2016, kata firma perkhidmatan tenaga, Baker Hughes pada Jumaat.

“Meskipun terdapat peningkatan kebimbangan terhadap potensi lebihan bekalan, pasaran akan terus mendapatkan tekanan daripada sekatan AS ke atas Iran,” tambah Innes.

- Reuters

Berita Harian X