Isnin, 27 Ogos 2018 | 8:29pm
- Gambar hiasan

Harga minyak dunia susut

LONDON: Harga minyak susut berikutan kebimbangan perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi global, menjelang persidangan antara anggota jawatankuasa yang memantau perjanjian Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan bukan OPEC mengenai pemotongan output.

Niaga hadapan minyak mentah Brent pada AS$75.49 setong pada 0956 GMT, susut 33 cents daripada penutup sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS jatuh 32 cents pada AS$68.40 setong.

Aktiviti perdagangan terhad berikutan cuti umum di Britain, menurut peniaga.

“Penurunan permintaan jumlah pelantar minyak AS dan penurunan dalam inventori AS minggu menyokong harga minyak di tengah-tengah perang perdagangan AS-China yang berlarutan, yang dapat menjejaskan pertumbuhan global dan memberatkan permintaan minyak,” Stephen Innes, Ketua Perdagangan Asia-Pasifik, niaga hadapan OANDA di Singapura.

Syarikat tenaga AS mengurangkan sembilan pelantar penggerudian minyak minggu lalu, menjadikan jumlahnya kepada 860, pengurangan terbesar sejak Mei 2016, menurut firma perkhidmatan tenaga, Baker Hughes pada Jumaat.

Anggota jawatankuasa pemantauan OPEC dan bukan OPEC mengadakan persidangan pada Isnin bagi membincangkan perkembangan mengenai perjanjian persetujuan pengeluaran mereka.

OPEC dan negara pengeluar lain yang diketuai Russia pada Jun bersetuju untuk kembali bersetuju 100 peratus dengan pematuhan pemotongan output minyak yang bermula pada Januari 2017.

-Reuters

Berita Harian X