Selasa, 4 September 2018 | 10:05am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Harga minyak mentah AS meningkat

SINGAPURA: Harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) meningkat hari ini, kembali melepasi paras AS$70 setong selepas dua pelantar minyak di Teluk Mexico dikosongkan berikutan persediaan menghadapi ribut taufan.

Niaga hadapan AS West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$70.04 setong, naik 24 cents, atau 0.3 peratus daripada penutup semalam.

Semalam, Anadarko Petroleum Corp berkata pihaknya telah mengosong dan menutup pengeluaran di dua pelantar minyak di utara Teluk Mexico menjelang kedatangan taufan Gordon.

Niaga hadapan Brent pula bagaimanapun susut selepas didagangkan rendah lima cents kepada AS$78.10 setong daripada penutup akhirnya.

Ia berikutan langkah India membenarkan syarikat penapisan minyak di negara itu mengimport minyak Iran jika Tehran menguruskan proses penghantaran.

Ramai pembeli antarabangsa telah berhenti mengimport minyak Iran berikutan sekatan kewangan yang dikenakan AS kepada Tehran bagi mengelakkan mereka perlu membayar kos insurans kargo. -REUTERS

Berita Harian X