Jumaat, 30 November 2018 | 5:17pm

Harga minyak naik, Brent AS$59.68 setong

SINGAPURA: Harga minyak Brent naik pada Jumaat berikutan jangkaan bahawa Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC) dan Russia akan bersetuju dengan beberapa bentuk pengurangan pengeluaran pada minggu depan.

Sementara minyak mentah Amerika Syarikat (AS) susut berikutan kenaikan invetori.

Niaga hadapan minyak mentah Brent pada AS$59.68 setong pada 0742 GMT, meningkat 17 cent, atau 0.3 peratus, daripada penutupan sebelumnya.

Manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS berada pada AS$51.41 setong, susut 4 cent.

Sejak awal Oktober, kedua-dua penanda aras minyak mentah itu kehilangan hampir satu pertiga dalam nilai berikutan glut bekalan yang baharu muncul di pasaran, apabila pengeluaran meningkat di Amerika Syarikat (AS), Russia dan juga oleh OPEC.

“Lebihan bekalan bagi jangka pendek memberi impak negatif untuk minyak Brent,” kata bank pelaburan AS, Jefferies dalam notanya semalam.

Institusi berkenaan turut menambah, peningkatan mendadak itu menambah minyak mentah dalam simpanan.

-REUTERS

Berita Harian X