Isnin, 11 March 2019 | 9:37am
- Gambar hiasan

Minyak mentah Brent pada AS$65.91 setong

SINGAPURA: Harga minyak naik hari ini, selepas Menteri Minyak Arab Saudi, Khalid al-Falih berkata penamatan perjanjian pemotongan bekalan oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) tidak mungkin diadakan sebelum Jun.

Harga minyak juga dipengaruhi dengan laporan aktiviti penggerudian Amerika Syarikat (AS) yang merosot untuk tempoh tiga minggu berturut-turut.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS pada AS$56.26 setong pada 0016 GMT, susut 19 cents, atau 0.3 peratus daripada penutup sebelumnya.

Manakala niaga hadapan minyak mentah Brent pada AS$65.91 setong, susut 17 cents, atau 0.3 peratus.

Khalid memberitahu Reuters pada Ahad, masih terlalu awal untuk mengubah dasar output OPEC pada mesyuarat kumpulan yang diadakan pada April ini.

OPEC dan bukan sekutunya termasuk Russia dijadualkan akan mengadakan pertemuan di Vienna pada 17-18 April, selain mengadakan pertemuan lain pada 25-26 Jun.

OPEC melaksanakan perjanjian untuk mengurangkan 1.2 juta tong sehari (bpd) dalam bekalan minyak mentah sejak awal tahun ini, dengan mengetatkan pasaran dan menaikkan harga. - REUTERS

Berita Harian X