Selasa, 9 Julai 2019 | 10:30am
- Gambar hiasan

Brent susut kepada AS$63.90 setong

TOKYO: Harga minyak susut hari ini di tengah-tengah kebimbangan mengenai unjuran permintaan selepas isyarat terbaharu menunjukkan pertikaian perdagangan antarabangsa menjejaskan ekonomi global, meskipun ketegangan di Asia Barat memberikan sedikit sokongan kepada komoditi itu.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut 21 cent atau 0.3 peratus kepada AS$63.90 setong pada 0022 GMT.

Ia susut 12 cent pada Isnin.

Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate crude (WTI) susut 20 cent atau 0.4 peratus kepada AS$57.46 setong.

Ia meningkat sebanyak 15 cent pada sesi sebelumnya.

Harga minyak menerima tekanan ekoran kebimbangan berterusan dalam permintaan ekoran perang dagang AS-China yang hampir dua tahun, melambatkan prospek pertumbuhan ekonomi global.

Menurut data, tempahan mesin utama Jepun susut sehingga tempoh lapan bulan, petanda ketegangan perdagangan global memberi kesan kepada pelaburan korporat.

Data kerajaan Jepun pada Selasa juga menunjukkan pendapatan benar di negara itu susut ke paras lima bulan berturut-turut.

“Perang dagang berterusan tidak menampakkan ia akan selepas dan ia akan terus menjadi faktor negatif kepada minyak mentah kerana ia mempengaruhi unjuran pertumbuhan global,” kata Penganalisis Kanan Pasaran OANDA, Alfonso Esparza di Toronto.

-Reuters

Berita Harian X